Majlis Ilmu Bermodul

Majlis Ilmu Bermodul
Hari Jumaat : 3.00-4.00 Petang (1x setiap bulan)

Tajuk Buku : Aku Seorang Muslim
Oleh: Dr Mohamad Hilmi Mat Said, Pensyarah PBMSK

Membaca penting untuk kita menimba ilmu dan mendapat perkara baharu yang tak pernah kita fikirkan. Selain itu ia boleh menajamkan dan membuka minda kita dengan idea dan pandangan penulis berkenaan sesuatu perkara.

Akan tetapi, kadangkala pemahaman sesuatu buku akan jadi lebih menarik jika ia dibincangkan bersama-sama. Bertambah cantik ianya diterangkan oleh penulisnya sendiri. Atas dasar itu Perpustakaan menjalankan program Majlis Ilmu Bermodul bagi buku “Aku Seorang Muslim” bersama penulisnya Dr Mohamad Hilmi Mat Said yang merupakan pensyarah di Pusat Bahasa Moden & sains Kemanusiaan (PBMSK).

Staf Perpustakaan bersama-sama mendengar ulasan dan penerangan dari Dr. Hilmi isi kandungan buku “Aku Seorang Muslim”  yang mengandungi 3 bab, iaitu;

Bab 1 : Akidah

Bab 2: Ibadah

Bab 3: Akhlak

Sesi soal jawab dari peserta bersama penceramah dibuka untuk setiap peserta agar mendapat pemahaman yang jelas.

Selain Perpustakaan, program ini juga di jalankan di jabatan-jabatan lain di UMP seperti di JPPH, PTMK dan banyak lagi.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Mohamad Hilmi Mat Said di atas ilmu yang dikongsi bersama, semoga program ini memberi manfaat kepada setiap staf Perpustakaan UMP.

 

Nabi SAW bersabda Sesiapa yang ALLAH mahukan kebaikan baginya, Dia (ALLAH) memberikannya kefahaman dalam Ad_Din”  – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *