PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT!

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit peringkat Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini kembali pada tahun 2019. Program ini akan diadakan serentak di seluruh Malaysia dan merupakan anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam seMalaysia (MPAM) melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.Berikut adalah maklumat tentang program:

Tarikh: 23 April 2019
Masa : 11.00 pagi-11.10 pagi
Tempat: Lokasi masing-masing (UMP/ Kelas/ Ruang di PTJ)

Pihak Perpustakaan UMP mohon agar gambar beserta keterangan di borang penyertaan dicapaian berikut https://forms.gle/6DS1YuaPgWgQPeRu9 sejurus selepas program dilaksanakan untuk kami panjangkan kepada pihak PPAP.Foto yang menarik & kreatif bakal dipamer di facebook, portal Perpustakaan UMP dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).

Ayuh Warga UMP jom sertai program Jom Baca Bersama untuk 10 minit walau dimana jua anda berada!

Sekian, terima kasih.

#umpmembaca #umpmalaysia #umplibrary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *