Category Archives: Aktiviti

Teknologi power BI

Rakaman perkongsian teknologi power BI oleh Hj Abdullah Fairuzullah dari Bahagian Infrastruktur Digital, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi. Moga bermanfaat untuk semua. Klik untuk tonton di Facebook PPTI

KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI PENTADBIR MALAYSIA 2021

KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI PENTADBIR MALAYSIA 2021 TARIKH : 20 OGOS 2021M BERSAMAAN 11 MUHARRAM 1443H   Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan… Read More »

Program Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat

[Khamis , 20 Ogos 2021] Alhamdulillah… Selesai sudah program Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Kerjasama antara Pusat Islam Dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP. Program ini adalah bersempena Hari Pentadbir Universiti Awam pada 20 Ogos 2021. Sama-sama kita mendoakan untuk keselamatan dan kesejahteraan warga UMP dan negara Malaysia.… Read More »

Iftar Ramadan UMP

[Rabu , 28 April 2021] Menjadi tradisi di UMP setiap kali menjelang Ramadan setiap jabatan Dan persatuan akan menjadi sukarelawan untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar. Tahun ini 16 Ramadan/ 28 April 2021, hari Rabu merupakan giliran PPTI untuk bersama-sama mengedarkan juadah berbuka puasa di Masjid UMP Kampus Gambang. Alhamdulillah gabungan jawatankuasa eksekutif PPTI… Read More »

Sesi Town Hall Naib Canselor Bersama Pengurus Profesional

[Khamis , 1 Ogos 2019] Alhamdulillah…Selesai sudah sesi Town Hall Naib Canselor bersama pengurus profesional anjuran PPTI dengan kerjasama Jabatan Pendaftar. Banyak input yang diperolehi dalam sesi kali ini. Insyaallah program-program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Program Coffee talk with UMP Chairman

Program Coffee talk with UMP Chairman [Sabtu ,15 Jun 2019] Coffee Talk With UMP Chairman memberi peluang warga kerja universiti untuk berbicara bersama Pengerusi LPU, Dato Sri Ibrahim Ahmad terhadap hala tuju universiti. Ianya juga sebagai platform dalam berkongsi idea dan pandangan secara terus dengan pihak Lembaga Pengarah Universiti. UMP akan terus mengekalkan kecemerlangan sebagai… Read More »

Program Kolokium Transformasi Pentadbir

[Khamis , 16 Mei 2019] Program Kolokium Transformasi Pentadbir: ‘Pengurus Profesional Masa Hadapan’ Sempena Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PPTI) Tujuan utama pelaksanaan program adalah untuk meningkatkan pengetahuan para pentadbir berkenaan aspek pengurusan termaju yang perlu diketahui dan dilaksanakan bagi kesinambungan kecemerlangan UMP. Panel jemputan adalah Dato’ Sri Md Sharif Bin Shamsudin (Pengarah… Read More »