BOEING, ANTARA JENAMA DAN KUALITI

By | March 24, 2022

4 tahun lepas, 29 Oktober 2018,terjunamnya sebuah pesawat canggih Boeing 737-Max 8 ke dalam dasar di Jakarta,meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh dunia. Lion-Air dengan nombor pendaftaran JT 610 hilang dari radar. Pesawat yang baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta Jakarta menuju ke Lapangan Terbang Depatti Pangkal Pinang telah  terputus hubungan dan terhempas ke laut Jawa setelah 13 minit berlepas. Seramai 189 orang telah menjadi korban dalam nahas tersebut.

5 bulan selepas nahas Lion Air, sebuah lagi pesawat Boeing 737 Max-8 milik Ethiopian Airlines bernombor pendaftaran 302 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole Addis Ababa, Habsyah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kenyatta Nairobi, Kenya telah terhempas kira-kira 6 minit selepas berlepas mengorbankan seramai 149 orang. Nahas itu telah berlaku pada 10 Mac 2019.

Syarikat Boeing yang berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat, pada mulanya meletakkan kesilapan juruterbang sebagai punca utama nahas,namum keputusan akhir laporan siasatan nahas amat mengejutkan iaitu “New flight control software that had not been explained to pilot” . Hal ini mengejutkan seluruh dunia penerbangan kerana terdapat ribuan pesawat siri tersebut sedang berkhidmat. Bagi mengatasi masalah tersebut, perkhidmatan pesawat tersebut telah digantung selama 20 bulan.

Ibarat sebuah pesawat yang baru sahaja ‘Koyak plastik’ tetapi bermasalah. Menjadi satu tanda tanya kepada industri penerbangan pada masa ini, perkara apa yang menjadi punca dan permasalahan terjadinya kecelakaan tersebut. Penulisan cuba menganalisa secara ringkas mengenai apa yang terjadi di sebalik tabir yang menyumbang kepada malapetaka besar dalam sejarah industri penerbangan dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut:

  1. Terdapat satu sistem yang terdapat dalam pesawat ini yang dikenali sebagai Maneuvering Characteristic Augmentation System atau dalam ringkasanya MCAS, dan tidak diketahui oleh juruterbang. Boeing tidak memberi sebarang peningkatan latihan simulator kepada  juruterbang seluruh dunia,kerana akan melibatkan kos yang besar. Hanya latihan dan penerangan melalui ipad sahaja diberikan.

 

  1. Pengurusan Syarikat Boeing menerima tekanan dari Wall Street. Saingan utama Boeing adalah sebuah syarikat dari eropah, iaitu Airbus yang telah memperkenalkan Airbus siri 320-Neo yang memberi lebih penjimatan bahan api. Kebanyakkan syarikat penerbangan terkemuka telah beralih arah dan memilih jenama Airbus kerana dapat menjimatkan 30% kos bahan api . Hal ini memberi tekanan kepada Boeing. Akhirnya Boeing telah menaiktaraf pesawat Boeing 737-800 kepada  737-Max 8. Tujuan utama untuk menyaingi Airbus dalam pembuatan pesawat  jimat bahan api.

 

  1. Sejak penggabungan Boeing dan McDonnell Douglas pada tahun 1997, terdapat banyak perubahan dalam stuktur pentadbiran perniagaan Boeing. Pihak pengurusan telah memindahkan pejabat pentadbiran dari Seattle ke Chicago semata-mata tidak mahu menerima banyak aduan dan masalah dari jabatan kejuruteraan. Pada asalnya Boeing diketuai oleh mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan yang mementingkan pada R&Ddan tumpuan kepada keselamatan. Penggabugan ini diketuai oleh Presiden baharu,Harry Stonecipher dari McDonnell Douglas.  Perubahan tema dari ‘Engineering Excellent’ kepada “Making Money’ dan ‘Cost-Effective’  menyebabkan Boeing terpaksa merubah sistem bekerja Menurut bekas jurutera Boeing (1996-2017), Rick Ludtke di dalam termuramah bersama beliau untuk dokumentari Downfall: The Case Against Boeing berkataTheir drove the company as it was making washing machines…All the airplanes had to be manufactured more cheaply. They were reducing the number of people working, expecting everyone to do more with less…’
  2. Menurut Ketua Editor The Air Current, Jon Ostower, Boeing telah menukar arah dari sebuah syarikat yang mementingkan kualiti kejuruteraan kepada  syarikat berasaskan keuntungan maksimum. Micheal Golfarb, seorang penganalisa penerbangan mengatakan ‘Boeing is  from engineering lead to greed is good and cash is king’.Bekas Pengurus Kualiti Boeing (1985-2017), John Barnett, menyatakan selepas daripada penggabungan dua syarikat gergasi ini telah menyebabkan sebarang laporan terhadap kerja teknikal tidak lagi dilayan. Segalanya berpandukan kepada kelajuan dalam pengeluaran (speed up in production)dan kualiti penghasilan tidak terserlah lagi. Sehinggalah siri pesawat Boeing 787, masih terdapat masalah-masalah teknikal dan kecuaian dalam penghasilan pesawat.
  1. Boeing mendedahkan lagi kelemahan kerana tidak mempunyai simpanan dokumen. Rep. Peter DeFazio, D-Oregan, Chairman ofTransportation & Infrastructure Committee menyatakan penyiasatan terhadap nahas menjadi sukar kerana Boeing gagal memberikan dokumen yang diminta. Bekas Pengurus Kanan Pengeluaran Boeing 737 (2008-2018),Edward Pierson telah menyatakan beliau telah memberi amaran kepada kepimpinan Boeing tentang masalah teknikal ini yang bermula dari sektor pemasangan di dalam kilang, namun tidak diendahkan sama sekali. Walau bagaimanapun, penyiasatan terhadap hal ini tidak dapat diteruskan secara mendalam kerana Boeing berhadapan dengan masalah dokumentasi.

Akhirnya panel penyiasat Federation Aviation Administration (FAA) telah menemui satu bukti kukuh melalui minit mesyuarat yang bertarikh 6 Julai 2013 yang menyatakan MCAS merupakan satu permasalahan besar kepada pengeluaran siri 737 Max-8. Hal ini memerlukan latihan baharu kepada juruterbang di seluruh dunia, dan sudah tentu akan menelan belanja yang besar buat syarikat Boeing. Penjualan pesawat telah tersebar di merata dunia, sedangkan masalah dalaman ini tidak sama sekali di atasi. 5000 buah pesawat siri ini telah dijual.

FAA melaui Transport Aircraft Risk Assessment Methodology atau TARAM telah membuat analisa, akan berlaku 15 nahas lagi selepas daripada nahas yang kedua,tetapi keegoaan Boeing dalam mengira keuntungan telah menutup kajian ini.Mereka tidak menjadikan TARAM sebagai faktor yang mengubah keadaan. Pada 29 Oktober 2019, CEO Boeing (kini bekas CEO) Dennis Muilenburg memohon maaf kepada semua waris nahas atas kesilapan yang berlaku apabila bukti-bukti mengenai kelemahan pesawat telah didedahkan.

Muilenburg telah diarahkan meletak jawatan oleh ahli lembaga pengarah, 2 bulan selapas beliau mengaku di dalam perbicaraan pada 30 oktober 2019, mengatakan Boeing menerima tekanan dari Wall Street. Ibrah dari kejadian ini, Kualiti dan keselamatan merupakan keutamaan melebihi jenama dan keuntungan.

‘Do it right,the profit will follow’



Mohd Zaki bin Ahmad
Pusat Sukan & Kebudayaan
Universiti Malaysia Pahang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *