Sejarah Penubuhan

Mesyuarat penubuhan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP telah diadakan pada 5 Januari 2011. Pengerusi mesyuarat iaitu En Zainuddin bin Mat Hussin telah membentangkan berkenaan cadangan penubuhan persatuan ini yang berperanan seperti berikut :

  1. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak ;
  2. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli ;
  3. Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran ikhtisas dan professional di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan Universiti ;
    2.1.4 Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa ; dan
  4. Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan universiti bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, perjawatan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli dan organisasi

Jawatankuasa penaja telah dilantik bagi tujuan menguruskan pendaftaran pertubuhan . Jawatankuasa penaja persatuan yang dilantik adalah seperti di bawah :

  • Pengerusi : En. Zainuddin bin Mat Hussin
  • Timbalan Pengerusi : En. Mohd. Raizalhilmy bin Mohd. Rais
  • Setiausaha : Puan Ernie Nurazlin Lizam
  • AJK :
    – En Helmi bin Mohamed Isa
    – En Asri bin Zainudin
    – Puan Siti Aishah binti Ghani
    – En Wan Azlee bin Wan Abdullah
    – En Arman bin A. Rahim
    – Dr Khairul Salleh bin Abdul Basit

Antara aktiviti yang dijalankan semasa awal penubuhan persatuan adalah  pemurnian Perlembagaan Persatuan (6 April 2010), Pembentangan kepada Pengurusan Tertinggi (17 Julai 2010), pendaftaran ahli secara online dan mengadakan siri perbincangan bagi menubuhkan persatuan ini.