Iftar Ramadan UMP

By | April 28, 2021
[Rabu , 28 April 2021] Menjadi tradisi di UMP setiap kali menjelang Ramadan setiap jabatan Dan persatuan akan menjadi sukarelawan untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar.
Tahun ini 16 Ramadan/ 28 April 2021, hari Rabu merupakan giliran PPTI untuk bersama-sama mengedarkan juadah berbuka puasa di Masjid UMP Kampus Gambang.
Alhamdulillah gabungan jawatankuasa eksekutif PPTI Dan ahli PPTI sama-sama berganding bahu menjayakan misi sukarelawan kali ini.
Semoga khidmat sukarelawan ini terus kekal pada masa-masa akan datang Dan menjadi sebahagian daripada Amal jariah kita semua. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *