Program Coffee talk with UMP Chairman

By | June 15, 2019

Program Coffee talk with UMP Chairman

[Sabtu ,15 Jun 2019] Coffee Talk With UMP Chairman memberi peluang warga kerja universiti untuk berbicara bersama Pengerusi LPU, Dato Sri Ibrahim Ahmad terhadap hala tuju universiti. Ianya juga sebagai platform dalam berkongsi idea dan pandangan secara terus dengan pihak Lembaga Pengarah Universiti.
UMP akan terus mengekalkan kecemerlangan sebagai universiti teknologi terunggul lima bintang dalam menerajui bidang kejuruteraan dan teknologi bukan sahaja di Malaysia malahan di persada antarabangsa. Berada pada landasan terbaik, UMP akan terus memperkasa latihan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini seperti yang dihasratkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap universiti #MTUN.
Turut dibincangkan Nilai Teras UMP (Core Value),Ekosistem seronok bekerja, Kenaikan pangkat dan kesarjanaan warga kerja. Perkara yang diberi penekanan termasuklah pencapaian, Tatacara kerja dan Governan serta ketelusan integriti.
Program dihadiri lebih 300 warga kerja termasuk pengurusan UMP dan wakil persatuan #PPTI, #PAKAD serta #KESUM dalam program yang berlangsung di Perpustakaan UMP Pekan.

Kredit: Jurufoto UMP Naufal Samsuddin
Kredit Berita : FB UMP Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *