Alam@UMP 2022/1 – Kem Tango

 

 

 

Alam@UMP adalah satu inisiatif memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar bersama komuniti setempat. Inisiatif ini merupakan kerjasama antara UMP, agensi kerajaan serta sektor swasta dalam menjayakan penanaman pokok serta penghutanan semula sepanjang tahun 2022 – 2025.

Program Alam @UMP melibatkan aktiviti penanaman anak pokok, penghutanan dan penghijauan alam. Program ini turut melibatkan kempen kesedaran aplikasi pendidikan STEM, seperti penggunaan Dron dan imej satellite, terutamanya dalam aktiviti pemantauan penghijauan alam

Program hari ini melibatkan kerjasama PPD Pekan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Sebanyak 107 anak pokok kelat jambu, kelat merah dan ketapang di tanam di Pusat Kokurikulum Kem Tango Pekan.