CEO Faculty Program

May 27th 2019

Sesi libatsama Pengurusan UMP bersama CEO@Faculty diteruskan lagi pada 27 Mei 2019. Kali ini pasukan UMP telah mengadakan kunjung hormat dan perbincangan bersama Y. Brs. Dr Abdul Manaf Mohamad Radzi, Pengerusi Nova Wellness Group di Nova Laboratory Sg Pelek Sepang pada sebelah pagi manakala pertemuan bersama Y. Brs. Pn Rohaida Ali Badaruddin, Pengarah, Scomi Transit Sdn. Bhd. pula diadakan di Ibu Pejabat Scomi Group, Mutiara Damansara pada sebelah petangnya. Delegasi UMP telah diketuai oleh Y. Bhg Profesor Ts. Dr Kamal Zuhairi Zamli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sebagai wakil rasmi Naib Canselor.

Pelbagai program bakal dirangka berdasarkan bidang kepakaran dan pengalaman CEO di samping meneroka kerjasama strategik dalam pelbagai program dibincang antaranya program kebolehpasaran graduan, program sangkutan staf dan penempatan pelajar serta program mentoring modal insan pelajar kejuruteraan dan teknologi selari dengan bidang tumpuan UMP.

Hadir sama Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr Jamil Ismail, Pengarah Industry Community Network Dept. UMP (ICoN) , PM Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Pengurus ICoN , Mohd. Raizalhilmy Mohd Rais.

Semoga kerjasama menerusi program AiXCHANGE : CEO@FACULTY PROGRAMME 1.0 ‘LEARN FROM THE PROS’ memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kelak.

Visit To KISMEC K2

Delegasi UMP, terdiri dari Prof Dr Jamil Ismail dan Prof Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin, telah disambut oleh En Yusri Yusuf, Pengarah Eksekutif KISMEC, dalam sesi lawatan dan perbincangan berkaitan program kemahiran revolusi industri 4.0 di Kampus K2 Kulim Hi Tech Park pada 21 May 2019.

Courtesy Visit to DreamEdge Sdn. Bhd.

UMP delegation visited DreamEdge Sdn. Bhd. headquarters in Cyberjaya. This is a part of Program AIxCHANGE : CEO@Faculty Programme 1.0 “Learn from The Pros” (CFP).

From left – Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin – Pengarah ICoN, Prof. Dr. Jamil Ismail – PNC ICoN3, Encik Khairil Adri Adnan, CEO DreamEDGE Sdn. Bhd. and Prof. Ir. Dr Wan Azhar Wan Yusof – NC UMP