Perasmian Program SULAM FSTI (MRSM Kuantan)

Program SULAM pada hari ini menyahut saranan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendekati komuniti. Ia merupakan satu inisiatif transformatif dan fleksibel yang merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran. di mana ia menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti.

Melalui prgram ini pelajar pra siswazah dan pensyarah berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. 

Program SULAM ‘Who’s That Pokemon? We Catch Them All’ pada hari ini di inspirasikan oleh wabak Covid 19 yang melanda dunia sejak tahun 2020.
Sebagaimana ang diketahui umum, Wabak ini berpunca dari Virus SARS-CoV-2 sebesar 0.1 mikrometer. Virus seumpama ini salah satu dari beribu-ribu microb yang wujud di dunia ciptaan Allah ini.

Mikrob ini terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Ia masih boleh memberi kesan yang begitu ketara kepada keseluruhan manusia. Namun begitu mikrob seumpama ini memainkan peranan yang penting dalam aktiviti seharian kita.

Objektif program pada hari ini bertujuan untuk berinteraksi dan mendidik adik-adik di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan tentang kehadiran mikrob dalam persekitaran kita. Walaupun ia boleh menyebabkan penyakit melalui jangkitan bakteria atau virus, mikrob adalah bahagian penting dalam kehidupan harian kita. Kewujudan mikrob mempunyai impak yang ketara ke atas beberapa bidang, termasuk ekologi alam semula jadi serta industri seperti makanan, perubatan, dan juga bahan api.

Apa yang menarik dan unik dalam program hari ini, Peserta akan diperkenalkan kepada teknologi teknologi penjujukan genom (genome sequencing), yang yang membolehkan kita membaca urutan nukleotida DNA sesebuah mikrob dalam masa yang singkat.

Tahniah kepada penganjur program yang bertungkus lumus menjayakan program. Bagi pihak pengurusan Universiti Malaysia Pahang, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, terutamanya Tuan Pengetua, MOHD ZAKI BIN AB. RASHID kerana sudi dan menyambut baik program SULAM pada hari ini. Juga tahniah kepada Tuan Dekan , Ts. DR SAIFFUL KAMALUDDIN BIN MUZAKIR @ LOKMAN dan pengarah program DR HAJAR FAUZAN BIN AHMAD, atas inisiatif ini.

Kepada pelajar UMP yang terlibat pada hari ini, teruskan usaha mendekati dan menyantuni komuniti dengan ilmu yang dipelajari. Semoga program pada hari ini akan memberikan inspirasi kepada adik-adik mengetahui lebih lanjut tentang penjujukan genom dan meluaskan perspektif tentang kehidupan mikrob yang mengelilingi kit.