<img class=”alignnone size-large wp-image-2018
Month: April 2023
Hannover Messe Day 1
UMP terima lantikan pentauliahan pusat latihan Bosch Rexroth Academy
17 April 2023 | Jerman
Universiti Malaysia Pahang (UMP) terima pentauliahan UMP Bosch Rexroth Academy sebagai pusat latihan program persijilan IR4.0 Industrial Automation serta Control & Drive.
Dalam program ini Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin hadir menerima lantikan daripada Pengarah Bosch Rexroth Academy, Mark Endress dan Executive Board Member & Executive Vice President, Bosch Rexroth AG, Thomas Donato.
Turut sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bosch Rexroth ASEAN and Oceania, Micheal Gunawan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bosch Rexroth Malaysia, Mr Darren Chen, Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat, UMP, Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal.
Pentauliahan ini membolehkan UMP menawarkan program persijilan kompetensi TVET Aras tinggi terkait dengan industri automasi serta kawalan dan pacuan (control and drive).
Menurut Prof Dato Ts Dr Yuserrie, pelajar UMP khususnya dari bidang teknologi dan Kejuruteraan akan menerima manfaat dan ilmu pengetahuan serta kemahiran dari kerjasama antara UMP dan Bosch Rexroth ini.
“Kerjasama ini menjadi titik permulaan dalam menjayakan UMP sebagai pusat rujukan dan latihan kemahiran termaju bukan sahaja di Malaysia malahan di persada dunia,” katanya.
Dalam pada itu, mesyuarat dan perbincangan berkaitan kursus kemahiran terbuka TVET Aras tinggi akan dilaksanakan selepas ini.
Terdahulu, UMP telahpun metrai kerjasama dengan Bosch Rexroth Sdn Bhd (Bosch Rexroth) dalam aktiviti pembangunan kurikulum ke arah universiti -industri ini pada 6 Februari lalu.
Kerjasama ini melibatkan latihan industri, pertukaran pelajar dan tawaran kursus pembelajaran yang ditambahbaik, menjadikan modul latihan industri 4.0 berasaskan pensijilan dari Jerman sebagai rujukan.
Selain itu, kerjasama ini turut melibatkan penempatan pelajar amali dengan penggunaan peralatan di Malaysia dan luar negara dan program pensijilan kepada pelajar khususnya dalam program Sarjana Muda Teknologi, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dan Sarjana Muda Kejuruteraan.
Sidang Majlis Perwakilan Pelajar UMP 2023
Arduino Robotics 2023/7 – SBPI Tun Abdul Razak Pekan
UMP STEM Lab Arduino Robotics Programming Synopsis can be found here.
40 students and teachers of Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan Pahang had participated in this program. Students went through activities involving Arduino Programming, electronics systems and line following robotics.
Thank you Cikgu Hamidah for coordinating the communication between UMP STEM Lab and InSTAR.
Program Iftar Bersama YDP Agong
Mesyurat Pelarasan Bengkel RBTX 2023
Sesi VC bersama FTKEE
Mesyuarat Pelarasan Pandu Puteri Tunas SK Seri Biram
Arduino Robotics 2023/6 – SDAR
UMP STEM Lab Arduino Robotics Programming Synopsis can be found here.
124 students and teachers of Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Negeri Sembilan had participated in this program. Students went through activities involving Arduino Programming, electronics systems and line following robotics.
Thank you Cikgu Azlinda for coordinating the communication between UMP STEM Lab and SDAR.
Bengkel Penstukturan Semula BHI