Radio Foxhunting UMP 2022

Sekitar pertandingan Radio Fox Hunting 2022 yang berlangsung pada hari ini. Pertandingan ini berkonsepkan perlumbaan antara perserta yang berjaya mencari arah yang terpantas dan betul menggunakan radio.
Sebanyak 27 pasukan dari 18 buah sekolah dalam lingkungan 120 orang menyertai pertandingan ini. Antara sekolah yang terlibat adalah dari Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat dan bengkel berkenaan teknologi radio, kod morse, orienteering serta simulasi aktiviti berkenaan. Para peserta juga turut di ajar cara membuat Antenna Yagi dengan menggunakan paip PVC, penyambung paip PVC, pita pengukur aluminium, wayar kuprum, wayar RG58 dan Coaxial Connector. Manakala pada sebelah petangnya sesi pertandingan pula diadakan bagi membuat penilaian terhadap para peserta.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM) UMP dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) merupakan sebahagian lagi daripada aktiviti STEM yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar dan peserta dalam teknologi radio dan juga meningkatkan kreativiti dan daya pemikiran dalam bidang sains dan teknologi.
 
 
 

 

 
 

 

 

 

Please answer the following post test

 

http://shorturl.at/kvDGI