Pertemuan JK Eksekutif (PPTI) UMP Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP

By | March 5, 2021
[Jumaat ,5 Mac 2021] Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman hari ini mengadakan pertemuan dengan JK Eksekutif Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PPTI) UMP.
Dalam program ini Presiden PPTI, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais menyampaikan penerangan tentang objektif dan hala tuju persatuan dalam berperanan seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025.
Di antara yang dibincangkan termasuklah program pemantapan bakat pegawai dan program global outreach sebagai persediaan berhadapan dengan Teknologi Digital dan Revolusi Industri (IR 4.0). Ia dijangka akan dapat meningkatkan bakat kepimpinan dan kemahiran.
Dalam pada itu, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz turut mengharapkan agar pihak persatuan turut sama menyokong dan menggerakkan usaha pihak Institut Tamadun dan Kajian Strategik ( ITKAS) berkaitan ketamadunan, pelancongan dan warisan Pahang hasil kerjasama dengan kerajaan negeri Pahang.
Turut dibincangkan agenda kesukarelawanan, Yayasan UMP, keusahawanan dan jaringan (networking) UMP terhadap staf, pelajar, NGO dan masyarakat umum.
Foto oleh: Naufal Samsuddin
Berita : UMP Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *