[Khamis , 27 Jun 2019] Alhamdulillah….Selesai sudah Mesyuarat Eksekutif Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) Bil 1 Tahun 2019 dan Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa MASTI kali ke-9 yang diadakan di Universiti Malaya (UM) pada 27 Jun 2019.
Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP telah diwakili oleh Presiden PPTI En. Raizailhilmy(JJIM) , Puan Siti Sakinah(Pendaftar) , En Zaki(Pusat Sukan & Kebudayaan) dan En Azli Shukri (Penerbit).
Tahniah di ucapkan kepada En Raizalhilmy kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan presiden MASTI utk sesi kali ini.Semoga dapat menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dari kalangan ahli PPTI untuk 20 pelajar sekolah yang kurang berkemampuan semasa Jamuan Raya MASTI 2019. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.