Jom Meriahkan Library Outreach 2023: FTKA, FTKKP, PSK (12 Disember 2023)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan UMPSA akan menganjurkan Program Library Outreach 2023. Pelajar prasiswazah, pascasiswazah, pensyarah dan penyelidik dari FTKA, FTKKP & PSK dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri program pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 12 Disember 2023 (Selasa)

Masa: 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat : Lobi Canselori UMPSA Kampus Gambang

 

Tujuan program:

Meningkatkan kesedaran peserta tentang pelbagai sumber, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan. Program ini juga diharap dapat memupuk budaya penggunaan perpustakaan sebagai sumber maklumat utama dalam pengembangan pengetahuan dan pencapaian akademik yang cemerlang.

 

Penyertaan semua dalam program ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

 

#UMPSA

#UMPSALibrary

#UMPSAMalaysia

#libraryumpsa

#outreach

#libraryoutreach

#connectingforacademicexcellence

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *