PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DI PERPUSTAKAAN UMP: ‘SNAP & SHARE’

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit dengan tema “Baca Bina Insan” yang akan diadakan pada 18 Mei 2023, Perpustakaan ingin menjemput semua warga UMP untuk menyertai program ‘Snap & Share’. Maklumat lanjut penyertaan adalah seperti berikut:

Tarikh program: 16 Mei – 18 Mei 2023 (hingga jam 12.00pm)

 

Syarat Penyertaan:

1. Ambil gambar / rakam video pendek berdurasi 2 minit kata-kata menarik atau ayat yang memberi kesan dari buku yang sedang atau pernah anda baca (kata motivasi, inspirasi, ayat ‘healing’, dakwah, agama, kata-kata lucu dan lain-lain)
Atau
2. Ambil gambar / rakam video pendek berdurasi 2 minit aktiviti bertemakan “Jom Baca 10 Minit” paling menarik secara solo atau berkumpulan.

 

Kaedah Penghantaran:

1. Muat naik gambar / video di media sosial dan tag @umplibrary / #jombaca10minitumplibrary
Atau
2. Hantar gambar / video ke WhatsApp Perpustakaan UMP 010-3325902 (https://wa.link/mmlaok) atau padlet (https://tinyurl.com/JomBacaUMP2023)

Gambar dan video anda akan dimuatnaik ke laman media sosial Perpustakaan UMP. Cenderamata disediakan kepada peserta bertuah.

 

#umplibrary #jombaca2023 #bacabinainsan #jombaca10minitumplibrary

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *