Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan (Sesi 2019/2020)

Program Pendidikan Pengguna

Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan Khusus Untuk Pelajar Baharu Sesi 2019/2020

Assalamualaikum wrt. Wbt

Yg Bhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan, Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan Program Pendidikan Pengguna Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan ini kami amat berbesar hati menjemput pelajar baharu menyertai program yang akan dianjurkan oleh Perpustakaan UMP.

Butiran aturcara program adalah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 12-20 September 2019

Masa : Sesi I   – 9.00-11.00 pagi

              Sesi II  – 11.00-1.00 petang

              Sesi III – 2.30-4.30 petang

Tempat : Perpustakaan UMP Kampus Pekan & Gambang

Sila klik di sini  untuk capaian borang pendaftaran atas talian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Cik Nazirah atau Puan Affida di talian 09-5493140/3136 (Gambang) atau Encik Fawwaz  di talian 09-4245651 (Pekan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *