Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan (Sesi 2019/2020)
Program Pendidikan Pengguna
Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan Khusus Untuk Pelajar Baharu Sesi 2019/2020
Assalamualaikum wrt. Wbt
Yg Bhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan, Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan Program Pendidikan Pengguna Sesi Orientasi & Pengenalan Perpustakaan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan ini kami amat berbesar hati menjemput pelajar baharu menyertai program yang akan dianjurkan oleh Perpustakaan UMP.
Butiran aturcara program adalah seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 12-20 September 2019
Masa : Sesi I – 9.00-11.00 pagi
Sesi II – 11.00-1.00 petang
Sesi III – 2.30-4.30 petang
Tempat : Perpustakaan UMP Kampus Pekan & Gambang
Sila klik di sini untuk capaian borang pendaftaran atas talian.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Cik Nazirah atau Puan Affida di talian 09-5493140/3136 (Gambang) atau Encik Fawwaz di talian 09-4245651 (Pekan).