4/SwC0XinIg-QNfM11zN8AcafJUOJ3hnm2_GfrnDDmO8G8e9rwiN8YYLM
List

“UMP ada bagi ruang blog untuk semua staf?”

Ya. Memang UMP menggalakkan semua staf untuk berkongsi ilmu melalui penulisan blog peribadi. Tujuannya ialah untuk penyebaran ilmu selain dari wadah utama iaitu penerbitan artikel melalui jurnal, persidangan, buku dan sebagainya.

Pagi 15 Ogos 2018, lebih 20 orang staf di UMP Pekan berkumpul di perpustakaan UMP Pekan, menghadiri bengkel teknikal personal blog. Penceramah dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dan Perpustakaan UMP berganding bahu memberi latihan teknikal blog agar lebih ramai staf UMP berminat untuk menyebarkan ilmu melalui platform ini.

Bersama sebahagian peserta bengkel

blog.ump.edu.my menggunakan platform WordPress. Sedikit perkongsian dari bengkel yang saya hadiri;

  1. Pages vs Posts
    1. Pages adalah ruang yang statik, selalunya dibiarkan tidak berubah untuk jangkamasa yang lama. Ini berlainan dengan Posts, yang selalu kita kemaskini.
    2. Untuk bengkel ini, untuk tujuan demonstrasi/latihan, ada enam Pages akan dibuat seperti berikut;
      1. Home
      2. Research
      3. Publication
      4. Teaching
      5. Gallery
      6. Blog
      7. Contact me

Menarik juga bengkel ini. Semoga selepas ini para akademik UMP lebih bersemangat mengemaskini maklumat dalam blog dan seterusnya berkongsi pengalaman/ilmu kepada masyarakat umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *