Istidraj
Penulis artikel;
En. Zaiful Bahari Baharum , zaiful@ump.edu.my
Wabak Corona Virus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini amatlah dahsyat. Pergerakan manusia terbatas, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan dan kesan daripada cepatnya merebak wabak ini memaksa Kerajaan Malaysia membuat kawalan pergerakan untuk rakyatnya (PKP). Musim PKP ini menuntut aku banyak menghabiskan masa di rumah. Sebagai seorang pekerja, ‘Work from home’ atau bekerja dari rumah, ‘BDR’ menjadi keutamaan buat masa ini. Sambil menyiapkan tugasan yang diberikan majikan, mata aku tertumpu sebuah drama di kaca televisyen yang bertajuk “Istidraj Cinta”. Timbul idea untuk menulis berkenan istidraj kerana penulisan ringkas juga menjadi sebahagian daripada tugasan ku, di dalam drama tersebut memaparkan kisah manusia yang beragama Islam yang diberikan kenikmatan dunia sehingga gagal mengingati Allah swt. Memiliki harta yang banyak, jawatan yang tinggi dan segala bentuk kemewahan didunia namun lalai dalam beribadah kepada Allah swt., itulah istidraj.
Nampaknya sama iaitu nikmat tetapi sebenarnya atau hakikatnya berbeza. Kita sangka ianya nikmat tetapi sebenarnya ia adalah laknat daripada Allah s,wt. Istidraj adalah berasal dari kata ‘daraja’ dalam bahasa Arab yang bererti naik satu tingkatan ke tingkatan berikutnya. Namun, Istidraj lebih dikenal sebagai istilah azab yang berupa kenikmatan dikurniakan pada seseorang. Allah swt. Menguji hambanya yang lalai dalam ibadah dengan melimpahkan kenikmatan dunia, padahal segala kenikmatan yang diperolehinya itu adalah suatu azab daripada Allah swt. keatas dirinya. Allah berfirman didalam Alquran berkenaan istidraj ertinya:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan seberat beratnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. ”Al – An’am ayat 44.
Kita kadang tak perasan didalam kehidupan harian, kita ada melakukan istidraj. Antara ciri-ciri istidraj adalah diberi kenikmatan melimpah ruah. Umumnya, istidraj terjadi pada Umat Islam yang lalai dalam mengerjakan ibadah tetapi mendapatkan nikmat daripada Allah swt. Contohnya, kita mempunyai pekerjaan yang mampu menghindarkan diri daripada kemiskinan. Hari-hari kita bekerja dan mendapat imbuhan berbentuk gaji yang lumayan tetapi malang sekali kita tidak solat dan tidak melakukan perkara yang dituntut oleh Allah swt. Dalam keadaan tak sedar, kita semakin jauh dan melupakan Allah swt. dengan dibuai kenikmatan berupa pekerjaan dan jawatan tersebut. Sedarlah bahawa kenikmatan itu adalah sebuah perangkap atau sengaja dihadirkan kepadanya yang akhirnya akan diazab oleh Allah swt. Sebagaimana yang diterangkan di dalam Alquran Surah Al-Imran Ayat
178:
“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir itu mengira bahwa tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka lebih baik baginya. Sesungguhnya tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka hanyalah agar dosa semakin bertambah, dan mereka akan mendapat azab yang menghinakan.”
Antara ciri lain istidraj adalah merasa ketenangan hidup walaupun sering melakukan maksiat. Dosa yang sering dilakukannya itu menjadi tepu kepadanya meskipun banyak maksiat yang dilakukannya, dia tidak berasa bersalah sedikitpun mahupun merasa kegelisahan dihatinya. Ibadah tidak pernah di tunaikannya kerana asyik dengan kenikmatan maksiat sehingga tidak sedar bahawa dirinya berada di dalam kesesatan. Mereka tidak sedar bahawa istidraj ini merupakan hukuman Allah kepadanya sedikit demi sedikit sebagaimana Firman allah swt ertinya:
“Nanti Kami akan menghukum mereka dengan berangsurangsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” (QS. Al-Qalam: 44).
Jarang sakit juga adalah tanda-tanda istidraj. Kenapa jarang sakit adalah istidraj sedangkan manusia yang hidup dimuka bumi ini mengharapkan kesihatan yang berpanjangan. Seringkali kita mendengar apabila seseorng itu ditimpa sakit, dia akan mengeluh. Ada juga yang menyalahi Allah swt kerana tidak berlaku adil kepanya kerana mengurniakannya musibah berbentuk sakit. Ketahuilah bahawa apabila seseorang itu sakit bererti Allah swt sedang bersamanya. Allah swt menguji sejauh manakah tahap imannya adakah dia kecewa atau mengeluh akan tetapi sekiranya kesakitan itu dia redha dan makin bertambah ketakwaanya, itulah kemenangan baginya. Maka, Umat Islam yan jarang sakit inipun merupakan ciri-ciri istidraj kerana apabila tubuhnya selalu sihat mereka biasanya akan lalai dalam ibadah dan terus terlena dibuai kenikmatan dunia yang fana. Dari Ubah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Ertinya: “Apabila Anda melihat Allah SWT memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah Istidraj dari Allah SWT.”
Selain daripada itu antara ciri-ciri lain istidraj adalah sombong dan meninggi diri. Kadang-kadang kita tak sedar dengan memiliki harta yang banyak kita merasa tinggi diri kerana merasakan orng lain tidak mempu memiliki harta seperti mana yang kita miliki. Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara tanda-tanda kesengsaraan adalah mata yang beku, hati yang kejam, dan terlalu memburu kesenangan dunia serta orang yang terus-menerus melakukan perbuatan dosa”. (HR. Al Hakim)
Banyak lagi ciri-ciri istidraj selain daripada seperti yang dinyatakan dia atas. Oleh itu kita hendaklah bijak menggunakan peluang kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita di dunia agar tidak terjadinya istidraj. Jika kita sedar bahawa kita sering melakukan perkara-perkara mungkar yang dimurkai Allah dan dibenci
Rasullullah, namun kita masih diberikan pelbagai nikmat kehidupan yang tidak putus-putus, itu bererti semuanya hanyalah istidraj atau tipu daya. Ia adalah semata-mata untuk menguji keimanan kita; sama ada kita akan terus hanyut dengan arus dosa dan noda atau kembali kepada jalan yang diredhaiNya.
Sudah tentulah kita tidak mahu diri kita ditimpa istidraj kerana Allah SWT menjanjikan azab yang pedih di akhirat kelak. Oleh yang demikian wajib kepada kita menghindari istidraj. Bagaimanakan cara untuk menghindari Istidraj? Antaranya tidak lain dan tidak bukan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai landasan bagi kita dalam menjalankan kehidupan di dunia ini. Karena dengan dasar iman dan taqwa inilah keberkahan yang sesungguhnya bisa kita dapatkan. Allah subhanahu wa
ta’ala berfirman yang ertinya :
“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti lah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (QS al-a’raf ayat 96)
Mengerjakan amal soleh dan berbuat baik kepada semua makhluk juga amat penting bagi menghindari diri daripada istidraj. Tidak hanya hubungan dengan Allah subhanahu wa ta’ala saja. Islam juga mengajarkan kita untuk berhubungan baik terhadap semua makhluk ciptaanNya. Karena kebaikan yang kita berikan kepada sesama juga akan dibalas kebaikan. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal sholeh baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman. maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sungguh akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS An-nahl ayat 97)
Terakhir agar terhindar dari istidraj iaitu dengan berdoa. Doa merupakan senjata yang paling ampuh bagi kaum muslimin. Berdoa dengan sungguh-sungguh merupakan cara kita meminta kepada Allah secara langsung agar diberikan keberkahan harta, waktu, keluarga dan juga kenikmatan dunia yang lainnya. Tidak salah jika kita menikmati kurnia dan rahmat yang diberikan Allah subhanahu wa ta’ala. Sebagai bentuk syukur dengan apa yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan. Namun juga jangan sampai nikmat tersebut melalaikan kita, menjadikan kita
malas untuk beribadah, berbangga diri dan menyepelekan orang lain. Istidraj bukan saja boleh berlaku kepada hamba-Nya yang tidak beriman, malah boleh terjadi kepada golongan yang tidak berusaha mendekatkan diri kepada
Allah SWT.Allah menyatakan kepada Rasulullah SAW menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam, ayat 44)
Justeru, jangan persiakan setiap nikmat yang diterima dengan perlakuan mengundang kemurkaan Allah SWT. Bagi yang sedang diuji dengan kesempitan hidup, yakinlah nikmat Allah SWT akan datang dalam pelbagai bentuk kerana Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya yang beriman. Istidroj adalah azab yang tertunda. Allah tidak menghukum terus kemungkaran yang dilakukannya tapi sekiranya tidak bertaubat Allah akan menghukumnya di akhirat kelak.