Penulisan Kreatif – Media Sosial & Penerbitan
JEMPUTAN BAGI MENYERTAI BENGKEL PENULISAN KREATIF, MEDIA SOSIAL DAN PENERBITAN DI PERPUSTAKAAN UMP, PEKAN PADA 25 APRIL 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030 bagi mewujudkan sebagai sebuah negara dan berbudaya membaca dan mencintai ilmu. Dengan slogan “With Knowledge We Lead” kempen ini diharapkan dapat menyemarakkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia,. Dengan ini diharapkan aktiviti menulis dapat diketengahkan apabila semakin ramai rakyat Malaysia berminat untuk membaca. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan, Universiti Malaysia Pahang, amat berbesar hati menjemput Yg. Bhg./ Prof. Dato’/Dr./Tuan/Puan, menyertai Bengkel Penulisan Kreatif, Media Sosial & Penerbitan yg akan dianjurkan oleh Perpustakaan UMP.
Butiran Aturcara Bengkel adalah seperti ketetapan dibawah:
Tajuk Program : Penulisan Kreatif, Media Sosial & Penerbitan
Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)
Masa : 8.30pagi – 05.00 ptg (1 hari)
Tempat : Bilik Seminar, Aras 2, Perpustakaan UMP, Pekan
Yuran : RM80.00 sahaja/seorang
Peserta : 30 orang sahaja (Penyertaan akan ditutup sebaik sahaja mencukupi)
Pembayaran : Melalui Kad Debit@ePos/atas talian -Maybank2U/ Pesanan Tempatan (LO)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, Tuan boleh menghubungi wakil Unit Pengurusan Ilmu, Perpustakaan, Cik Ratna Wilis melalui sambungan 5612, Pn. Hazlinda 5616 atau Pn. Neng Sury di 5645.
Sekian, harap maklum