List

Lama x menulis, dek kesibukan tugas yang memang telah dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah..Allah sayang..

Saya keliru dengan diri sendiri, saya di dalam fasa ingin mencari ilmu, ilmu yang pelbagai, ilmu pembangunan diri untuk lebih spesifik. Saya hadir kursus ke sana ke sini, join group- group personal development ada yang berbayar ada yang percuma..MasyaAllah banyak nya ilmu-ilmu positif, ilmu-ilmu mahal yang saya dapat. Rasa macam hidup semula dalam tidur yang lama.. Alluhuakbar kerdil nya diri ini..

Bila dah dapat vibration positif ni memang terasa auranya. Balik seminar seronok sekali nak ubah diri, cara hidup baru dari ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Hebat sekali rasanya berada di dalam vibration positif ini. Memang betul la bila kita positif, sekeliling kita pun akan jadi positif. Effortlessly semuanya berubah jadi baik tanpa kita bersusah payah pun. MasyaAllah hebatnya Allah..Seminggu dua balik masih bersemangat masuk minggu ketiga dan seterusnya..eh..kenapa rasa mcm vibration negative dah nak start masuk balik ni??rasa mula x semangat balik, kerja start bertambah, kurang organized, start menangguh sana sini. Kenapa ni? Rasa x bestnya..

Duduk sekejap berfikir..apa yang salah ni, dimana silapnya?

BE CONSISTENT, Start small first, biar sikit tapi konsisten

Saya terperasan yang diri saya terlalu excited bila baru dapat ilmu-ilmu positif ni. Macam mana nak increase level energy kita ni. Kalo boleh semua nak buat serentak, nak buat semua banyak, nak apply semua tanpa saya sedar otak dan badan sy penat and confuse. Maklumlah baru nak berubah terus nak ubah kaw-kaw punye. Jadi minda saya jadi penat. Dalam fikiran saya so noisy sebab nak buat semua benda.

Muhasabah diri balik. Environment pekerjaan saya memang memenatkan, bukan penat fizikal tapi penat fikiran kerana banyak yang perlu saya lakukan dan fikirkan. Tips untuk reorganized balik keserabutan dalam minda saya apa yang saya buat adalah:

1. Berhenti sekejap. (lepaskan apa jua yang sedang dibuat, berhenti dan hanya senyap for a while)

2. Jaga pernafasan ( Betul-betul rasakan pernafasan itu berlaku, udara masuk dan keluar)

3. Rasai ketenangan. Bila dah bernafas dengan betul basically kita akan berasa tenang

4. Lihat alam semulajadi (jika ada access untuk tengok alam cth pokok, langit, jika hujan dengari bunyi hujan itu turun.

5. Bersyukur (Ya Allah terima kasih engkau kurniakan aku nyawa lagi hingga ke saat ini Alhamdulillah)

6. Detach sebentar dengan perkara duniawi. Masa ini akan rasa diri ini kerdil. Akan berasa siapa diri kita dan kenapa Allah ciptakan kita.

6 steps ini InsyaAllah akan buat kite jadi tenang. Lepas tu boleh ambil wudhuk untuk solat sunat 2 rakaat

Bila dah tenang baru boleh organized balik keserabutan yang awal tadi. Rasai ketenangan. Kekayaan sebenar apabila kite merasai ketenangan. MasyaAllah…

Saya niatkan hidup saya untuk bahagia dan membahagiakan serta memuliakan orang lain.. Aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *