List

Dalam kehidupan seorang insan setiap hari perlu membuat pilihan perasaan di dalam hidupnya. Pertama untuk berasa gembira ataupun kedua untuk berasa tidak gembira.

Bangun pagi, tersedar dari tidur yang lena lalu bangun duduk. Ketika itu berhenti sejenak…Alhamdulillah Allah berikan peluang hidup sehari lagi..syukur..

Apabila terbit sahaja perasaan syukur dari hati, perasaan berTuhan akan timbul, rasa kebesaran Allah, rasa diri tidak punya apa-apa. Jika ditarik nyawa oleh Allah, tidak dapat lihat keluarga lagi..Nauzubillah..Ampun ya Allah dosa2 kami. Terbukti kita hanya hamba Allah yang x punya apa-apa. Hatta bernafas pun Allah juga yg beri kemampuan untuk hidung kita menyedut oksigen masuk ke paru-paru diangkut oleh sel darah lantas melalui sel-sel badan, ke organ-organ tubuh badan yg lain seperti jantung dan otak. MasyaAllah besar nya nikmat yang telah engkau berikan kepada kami.

Itu perasaan orang yang bersyukur..maka dimulai harinya dengan penuh rasa kesyukuran. Seterusnya dia akan turut berbahagia keseluruhan harinya.. kerana rasa berTuhan itu. Kerana dia sedar hidupnya untuk siapa, hidupnya untuk apa, dan kemana arah tujuan hidupnya selagi nyawa dikandung badan.

Tetapi

Ada yang bangun tidurnya dimulai dengan mengeluh, resah, susah, gelisah, sehingga lupa akan bersyukur, lupa yang Allah telah pinjam kan nyawanya untuk sehari lagi. Yang dirisaukan adalah urusan dunianya, urusan kerjanya, urusan mengejar wang yang tidak pernah cukup-cukup. Yang makin dikejar semakin pergi jauh duitnya. Jadi orang yang begini hidupnya tidak dalam sedar. Hidupnya tidak ada rasa ada Allah yang sedang melihat apa perbuatannya setiap hari.

Sungguh orang seperti ini telah jauh dari landasan yang benar, bagaimana orang seperti ini ingin rasakan bahagia. sukar bukan?

Ya, untuk hidup bahagia perlu hidup dalam keadaan sedar, dalam keadaan yang kita sedar yang Allah sedang memerhatikan setiap perbuatan kita, berbuat baiklah, jadi orang yg memberi manfaat kepada insan lain.. untuk Allah sayang, untuk raih cinta Allah, hati akan bahagia.percayalah..just be happy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *