List

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran bil boleh dilakukan menerusi perbankan atas talian atau menggunakan dompet digital seperti TouchNGo, Boost dan sebagainya.

Perkara yang sama juga telah berlaku dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran. Universiti di Malaysia sekarang juga telah bergerak ke arah pelaksanaan P&P secara atas talian. Pelbagai platform dan inisitif diperkenalkan bagi menyokong gerakan ini seperti OpenLearning, Massive Open Online Course (MOOC) dan sebagainya.

Negara-negara maju dengan sokongan internet yang pantas seperti 5G telah menggunakan teknologi seperti Augmented Reality dan Virtual Reality bagi menyeronokkan lagi pengalaman pembelajaran. Penstriman video 360 juga boleh diakses sehingga mencecah kualiti 8K.

Pada 19 Ogos 2019, vendor yang membekalkan perkhidmatan AR & VR melalui inisiatif ClassVR telah bertemu dengan staf pentadbiran dan sokongan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL) bagi memperkenalkan perkhidmatan tersebut di UMP.

Semoga ini dapat memajukan lagi perkhidmatan P&P di UMP.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *