List

Kalau dahulu, telefon bimbit merupakan suatu barang kemahuan. Tetapi dengan ledakan teknologi, telefon bimbit yang kini lebih dikenali sebagai telefon pintar (smartphone) telah bertukar status kepada suatu barang keperluan. Kini, ke mana sahaja kita pergi, budak, hatta orang tua, mata pasti tertumpu pada smartphone. Smartphone sentiasa bersama kita, sama ada untuk kita ketahui perihal berita-berita semasa atau ‘membunuh’ masa senggang dengan menonton video menerusi aplikasi YouTube dan sebagainya.

Kalau boleh saya bertanya, adakah kita masih ingat telefon bimbit kita yang pertama? Saya masih ingat! Jenama telefon bimbit pertama saya adalah Motorola dan kemudian Blakberry Curve 3G serta Blackberry Bold 9790. Pengalaman menggunakan smartphone sekitar tahun 2010 amat mengujakan. Kebolehupayaan berkongsi semua perjalanan harian dengan kawan-kawan secara atas talian menggunakan aplikasi seperti Facebook, Twitter dan sebagainya memberi kejutan budaya kepada kita semua pada ketika itu. Masa itu, kita boleh dilihat terkebelakang jika tidak menggunakan aplikasi-aplikasi sosial ini.

Dengan wujudnya internet, masyarakat dunia seakan semakin bergerak ke arah itu. Boleh dikatakan identiti dan informasi semua organisasi pasti dimuat naik secara atas talian. Sesuai dengan tagline yang sentiasa berdamping dengan internet “informasi di hujung jari!”. Bukan sahaja transformasi perkongsian maklumat yang bergerak seiring kemajuan internet, sub bidang lain juga turut menerima impak serupa. Industri pembuatan telefon bimbit terus mengatur langkah ke arah kemajuan dengan lahirnya generasi telefon mudah alih terkini yang mana kita semua kenali sebagai smartphone. 

Motorola, Nokia, Sony Erricson antara nama besar, pemain industri, yang menawarkan produk smartphone. Tetapi kemampuan Steve Job yang mencetuskan faktor spektakular dan memberi nilai tambah serta definisi sebenar telefon pintar dengan pengenalan iPhone generasi pertama, ianya semakin mempopularkan produk smartphone ini. Dengan tagline “It just work”, iPhone terus mendahului carta smartphone yang boleh diyakini dan popular dalam kalangan penggemarnya.

Apple merupakan syarikat teknologi yang menawarkan produk teknologi serba lengkap yang bermula dengan penawaran komputer riba seperti MacBook, MacBook Air, MacBook Pro, iMac, iMac Pro, iPhone, iPad, Apple Watch, AirPods dan lain-lain. Jika boleh saya imbau kembali, produk pertama Apple saya adalah MacBook Pro. Ketika itu, faktor saya membeli komputer riba keluaran Apple hanyalah kerana ingin merasai pengalaman menggunakan sistem OS Apple iaitu OSX yang kini dikenali sebagai macOS. Paparan skrin yang digunakan adalah LCD tetapi cukup terang dan berkualiti yang mana pada ketika itu mengalahkan produk komputer riba windows lain yang ditawarkan di pasaran. 

Tahun berikutnya, setelah puas menggunakan smartphone Blackberry, hati terpanggil untuk memberi peluang kepada iPhone keluaran Apple. Walaupun ketika itu, iPhone digambarkan satu smartphone yang cukup payah pada pengguna. Payah dalam bentuk perkongsian menerusi Bluetooh. Kalau ingin meneliti sejarah, saya merupakan pengguna tegar iPhone. Antara iPhone yang pernah saya guna adalah iPhone 5 Black 16GB, iPhone 5s Silver 64GB, iPhone 5s Gold 32GB, iPhone 6 Silver 16GB, iPhone 6s Rose Gold 32GB, iPhone 7 Matte Black 128GB, iPhone 8 Plus Black 64GB, iPhone X Silver 64GB dan yang terkini iPhone XS Max Gold 256GB. Selain itu, saya juga pernah menggunakan iPad mini 3 Cellular+WiFi Silver 32GB dan iPad mini 4 wifi Space Grey 32GB. Pengenalan Apple Watch juga saya ikuti rapat. Saya pernah menggunakan Apple Watch Series 1 Space Grey 42MM dan yang terkini Apple Watch Series 4 Nike 44MM.

 

 

Apa yang boleh saya katakan, saya telah terperangkap dalam ekosistem Apple! Untuk membantu pembaca memahami lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan “Ekosistem Apple” saya sertakan pautan kepada satu video YouTube oleh seorang YouTuber terkenal iaitu Marques Brownlee MKBHD, The Ecosystem: Explained!

Kesimpulannya, saya memilih produk keluaran Apple kerana integrasi konsisten daripada aplikasi ke aplikasi. Apa yang dikerjakan pada MacBook boleh pula disambung pada iPad atau iPhone. Walaupun harga nya yang mahal dan kadang kala tidak munasabah tetapi kerana kualiti dan konsisten yang ditampilkan sentiasa menarik perhatian saya untuk mendaptkan produk terkini daripada mereka. iPad Pro 2018 yang baru diperkenalkan dengan reka bentuk yang baharu begitu mengujakan!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]