List

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Kali ni perkongsian saya berkisar mengenai kerjaya. Walaupun minat saya pada penulisan kewangan dan juga kemasyarakatan tetapi kerjaya tidak boleh dilupakan. Ogos 2018 genap 14 tahun berkhidmat di UMP@KUKTEM dahulunya.

Telah 2 tahun saya ditempatkan di Bahagian Perancangan & Pembangunan yang mana sepenuhnya bergantung pada peruntukan yang diperolehi dari Universiti. Beli  dan langgan berdasarkan duit yang ada (tahun 2017 diwujudkan Unit Hadiah & Pertukaran bagi membantu membangunkan koleksi perpustakaan).

Beberapa minggu lepas berkesempatan berbual dengan seorang pensyarah. Ringkasnya:

Pensyarah: Kenapa pangkalan data  xxce  (bukan nama sebenar) telah ditamatkan?

Saya: Kerana kurang penggunaannya dan kekangan bajet.

Pensyarah: Jadi, kalau kurang penggunaan akan ditamatkan ke?

Saya: Iya. Setiap tahun Perpustakaan akan lihat dan nilai  jumlah akses ke pangkalan data yang dilanggan. Walaupun rata-rata ROI pangkalan data adalah rendah tetapi akan ditamatkan  pangkalan data yang paling sedikit jumlah akses. Bergantung juga kepada bajet pada tahun semasa. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perolehan  Pangkalan Data akan diadakan sama ada setiap hujung tahun sebelumnya atau awal tahun semasa bagi membincangkan dan memperakukan langganan pangkalan data.

Pensyarah: Oh!…Jadi, kenapa kami tidak tahu dan tidak dimaklumkan?

Saya: Insha Allah bermula Jun 2018, statistik akses pangkalan data akan dihantar setiap bulan kepada fakulti yang berkaitan. Ini membolehkan pihak fakulti memahami dan mempromosikan penggunaan pangkalan data di kalangan pelajar mereka.

~~~~~*****~~~~~~~

Ok. Takat tu sahaja. Kalau panjang jadi cerpen pula!….

Peruntukan pembelian bahan bercetak juga telah mengalami penurunan sebanyak 28% pada tahun 2016 dan 54% pada tahun 2017 berbanding tahun 2015. Begitu juga kesan ke atas langganan pangkalan data.

Jadi?

Menjadi tanggungjawab semua pensyarah untuk sama-sama mempromosikan penggunaan pangkalan data UMP barulah “berbaloi dengan wang yang dilabur!”.

Itu sahaja sedikit perkongsian. Semoga ianya bermanfaat kepada para pembaca. Link ke pangkalan data UMP melalui http://ezproxy.ump.edu.my

-Salam Perkongsian-

Aishah Ghani

#Menulisdaripengalaman

#Menulisdarihati

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *