List

Lempeng vs. Pancake

Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza lempeng dan pancake? Sebab dia suka makan pancake dan dia tengok mama dia buat sama sahaja.

Jadi tercetuslah idea nak menulis secara ringkas pasal ini. Tapi bukan bab masakan ya sebab saya memang jenis jarang memasak.

Asasnya sama sahaja iaitu gandum.

Tetapi kenapa sesetengah gandum menjadi lempeng dan dipanggil lempeng, setengah gandum menjadi pancake.

Bila dah jadi lempeng ada yang dijual di gerai di tepi jalan dan ada yang dijual di café hotel, restoran dan sebagainya.

Begitulah… Setiap individu atau graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran asas yang sama. Ilmu yang sama yang diberikan oleh pensyarah atau guru mereka tetapi merekalah yang menentukan untuk ilmu tersebut digunakan menjadi lempeng atau pancake yang diletakkan di tempat yang sesuai.

Ha? Faham ke…

Kalau diibaratkan diri kita gandum jika tidak dicampur dengan telur, susu, gula maka nilai gandum  akan menjadi rendah. Berbeza jika dicampur dengan bahan-bahan lain dan menghasilkan kelainan maka, nilai gandum akan lebih tinggi.

Dalam melengkapkan diri kita mempunyai nilai yang tinggi, ilmu-ilmu dan kemahiran sampingan itulah yang diperlukan. Tidak cukup sekadar ilmu asas yang dipelajari di universiti untuk menjadikan kita insan yang bernilai.

Sepanjang ranjau kehidupan ini, selalu ambil pengajaran dan kemahiran untuk menjadikan diri kita lebih bernilai.

Sekian, catatan lama (29/1/2021) baru dikongsi.

 

-Aishah Ghani-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *