List

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bagi tajuk gempak sikit. Supaya pembaca tertanya-tanya.

Apa 13 hari tu?

Apa 14 tahun?

Oh ya…Sebenarnya saya baru selepas menyemak Cuti Sakit di ecommunity sepanjang perkhidmatan 14 tahun (2004-2017) di UMP.  Apa yang saya ingin kongsikan, sejauh mana kita memanfaatkan Cuti Sakit yang dibenarkan oleh majikan.

Saya pernah berkerja sebagai kerani, pekerja kilang dan penjawat awam. Baik dari menjadi kuli kepada bos yang hanya lulusan SPM hinggalah menjadi pembantu penyelidik kepada Profesor.

Tidak kira siapapun bos kita, sebenarnya mereka akan lebih gembira sekiranya mendapat staf yang pandai menjaga kesihatan dan mengurus cuti. Termasuklah Cuti Sakit.

Sakit adalah ujian dan anugerah dari Ilahi untuk hambaNYA.

Tetapi adakah apabila kita sakit kita mengambil peluang tersebut untuk lebih menyakitkan diri sendiri serta rakan sejawatan atau majikan?

 

Menyakitkan diri sendiri? Iya.

Apabila doktor memberi kita Cuti Sakit dan meminta kita berehat di rumah tetapi kita keluar shopping atau membuat urusan peribadi yang menyebabkan badan tidak dapat berehat.

Jadi kita menyebabkan diri lebih sakit dan lambat sembuh.

Menyakitkan rakan sejawatan?Iya

Apabila kita cuti sakit, rakan sekerja terpaksa melaksanakan tugas  kita yang perlu disegerakan (kita pula kononnya cuti sakit tetapi rakan kita terserempak kita di shoping complex?). Sakit tak hati sahabat kita?

lagi menyakitkan hati bos apabila habis cuti sakit, sambung annual leave (cuti tahunan) untuk bersama keluarga atau pergi bercuti atau melancong.

Secara ringkasnya, saya perhatikan rakan-rakan yang jarang cuti sakit @ jarang sakit melakukan ini:

  1. Kawal pemakanan- Kalau dah tahu alahan, jangan duk bedal. Jangan suka melantak. Makan secara sederhana dan tidak membazir.
  2. Berpuasa walaupun sebulan 1@ 2kali.
  3. Banyak bersedekah.Buka tabung untuk infak jadi boleh guna bila2 masa. Seminggu 4-5 kali bersedekah. Ini saya perhatikan sendiri rakan-rakan saya yang jarang sakit, banyak sedekah. Mudah memberi makan, mudah belanja kawan2 dan sebagainya.                        “Perbanyakkanlah sedekah. Bersedekahlah kerana Allah dan salah satu ganjaran yang mungkin Allah kurniakan ialah kesembuhan.” (saya petik dari kata-kata seorang ustaz).

 

Sekadar itu sahaja saya ingin kongsikan buat yang sedang bekerja atau akan terjun ke bidang pekerjaan. Walaupun cuti sakit dibenarkan tetapi jangan sesekali mengambil peluang untuk menjadikan diri sebagai ‘pekerja yang malas bekerja’ oleh majikan.  Ada orang diberi ujian sakit berpanjangan tetapi usahakan untuk berubat dan permudahkan rakan-rakan sekerja dan majikan anda dengan situasi tersebut.

Saya pernah juga perhatikan staf yang memang diberi ujian sakit dan menerima rawatan berkala dan beliau:

  1. Sebelum cuti sakit untuk rawatan beliau tekun menyiapkan tugasan sebanyak mungkin. Beliau kurangkan waktu rehat dan pulang lewat
  2. Sekiranya mendapat cuti sakit 3-4 hari, pada hari beliau masuk kerja beliau akan sangat fokus ada kerja dan akan pulang lewat beberapa hari.
  3. Apabila beliau terpaksa bercuti sakit lebih lama, rakan-rakan akan  membantu menyiapkan tugasan segera walaupun tidak diarahkan oleh bos. Bos pun tidak pening untuk memikirkan siapa yang patut menyiapkan tugasan tersebut.

Itulah  bezanya antara orang yang memang sakit dan tahu memudahkan orang sekeliling;  dengan orang sakit yang menyakitkan hati orang sekeliling.

Buat semua pembaca, jom sama-sama jaga kesihatan!

Badan itu adalah amanah!

-Aishhah Ghani-

#menulisdaripengalaman

#menulisdarihati

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *