List

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini kebetulan menyiapkan panduan audit untuk auditor EKSA. Jadi, nak kongsikan sedikit perbezaan antara Amalan 5S/QE dan juga Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan pandangan saya setelah menghadiri kursus EKSA untuk penyelaras.

UMP telah memulakan Amalan 5S sejak tahun 2007 dan sejak itulah saya berkecimpung sebagai auditor. Tahun 2017 (setelah 10 tahun), UMP mula beralih arah ke EKSA selaras dengan seruan kerajaan. EKSA berdasarkan panduan MAMPU dan Amalan 5S berdasarkan garis panduan MPC. (Kalau tak tahu mengenai MAMPU dan MPC, sila google…).

Nah, ini saya ringkaskan perbezaan berdasarkan amalan di UMP dan juga pengalaman sebagai auditor yang amat sedikit ini. Harap ia dapat memberi gambaran ringkas kepada para pembaca.

BIL PERKARA EKSA AMALAN 5S/QE
1. Kategori /Kluster 4 Kluster- IPTA Kluster Sosial Tiada kluster
2.

 

Misi,  Objektif, Slogan, Carta Organisasi
3. Sudut Maya /Fizikal Fizikal
4. Pelaksanaan Audit Terperinci Umum+sampel
Seragam UMP (Semua PTj) Mengikut PTj
5. Seragam WAJIB I.Laci-alat Tulis, Dokumen Rasmi, Peribadi

II.Tray In, Out, Kiv

Mengikut kesesuaian/organisasi
6. Bilangan Zon Sedikit Lebih Baik Tiada Had
7. Markah Sijil 80%-89.9%= Baik

90% ke atas Cemerlang

>75%
8. Borang Audit Disediakan oleh MAMPU Audit dalam mengikut organisasi/Audit pensijilan mengikut MPC
9. Auditor Ramai diperlukan kerana tiada pengecualian lokasi audit/tempat audit Ramai lebih baik
10. Pengecualian tempat audit TIADA/tidak dibenarkan Dibolehkan

Cukup 10?  Untuk faham keseluruhan kena menghadiri kursus atau laksana sendiri di tempat kerja anda.

Sekadar itu sahaja.

 

::Aishah Ghani::

::Pengerusi JK Audit EKSA::

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *