List

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog,

Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP telah membuahkan idea untuk saya menulis. Buat beliau yang sering membaca coretan di blog saya ini, doakan semoga minat menulis yang baik-baik terus subur dalam diri saya.

Sedar atau tidak kadangkala antara kita ada yang bekerja bukan kerana minat mereka terhadap kerja tersebut tetapi tuntutan untuk mempunyai sumber pendapatan. Nak berniaga tak pandai, nak berMLM tidak tersusun bicaranya. Jadi, masuklah kerja makan gaji di sektor kerajaan sesuai dengan kelulusan dan kelayakan yang ada.

  • Ada yang tidak gembira untuk ke tempat kerja.
  • Ada yang kerap marah-marah kerana perkara dan kesilapan yang kecil
  • Lagi teruk selalu kutuk sistem yang tidak betul atau bos yang tidak betul menjadi punca mereka tidak produktif.
  • Sebenarnya berpunca dari rasa tidak gembira!

Bagaimana untuk bertahan dalam kerjaya yang sebenarnya mereka tidak minat?

  • Terlibat dalam jawatankuasa yang boleh memberi kita kepuasan dan kegembiraan. Contoh, jika anda minat bersukan tetapi anda ditempatkan sebagai kerani di Jabatan Bendahari. Bagi memberi kegembiraan, tawarkan diri sebagai penyelaras sukan atau menjadi Ketua Biro Sukan Kelab Kebajikan jabatan dan sebagainya.
  • Menawarkan diri dalam perkara/ tugasan yang anda minat.
  • Meningkatkan pengetahuan & penglibatan dalam perkara yang anda suka. Mohon kursus, bengkel terhadap perkara yang kita suka dan seterusnya sumbangkan kembali ke jabatan
  • Mencari hobi yang menyokong kerjaya anda.

Sekiranya semua di atas tidak memberi kebahagian kepada anda dan masih lagi tidak membuat anda bahagia di tempat kerja. Carilah perkara luar yang mengembirakan anda.

Hadiri kelas dan kursus yang boleh membuat anda tersenyum. Kelas memasak? Kelas berenang? Kelas mendaki? dan macam-macam kelas lagi. Yang penting usahakan untuk membuat anda gembira apabila anda akan ke tempat kerja. Penglibatan seperti ini juga dapat mengurangkan stress anda.

Berkongsi tentang gembira di tempat kerja. Jika ada yang perasan, saya memang banyak dan cenderung terlibat dengan TQM atau pengurusan kualiti menyeluruh. Perpustakaan bukanlah minat kerjaya saya pada asalnya tetapi ia adalah ilmu yang saya pelajari semasa di peringkat sarjana UM. Memandangkan penglibatan saya dalam bidang pemasaran dan menjadi pembantu penyelidik selama 4 tahun sebelum terjun ke bidang perpustakaan. Ini menyebabkan minat perlu dipupuk, cinta perlu disemai untuk mencintai bidang kepustakawanan. Sekarang menginjak 16 tahun dalam Perpustakaan.

Maka, bagi memberi saya kegembiraan dan kepuasan saya dalam kerjaya di UMP saya melibatkan diri dalam TQM. Ia boleh membuat saya gembira, selalu menimba ilmu dalam bidang yang diminati. Jadi, adakah saya tidak gembira di Perpustakaan? Tentulah gembira kerana kegembiraan dari luar memberi kebahagian dalam kerjaya sebagai pustakawan.

Fuh!…Panjang lebar. Terima kasih teman seperjuangan yang sering memberi semangat dan motivasi untuk diri ini terus menyumbang buat UMP.

#gembiradalam kerjaya

#buatapakitasuka

Aishah Ghani

-Kongsi dari pengalaman~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 4 5 6
July 21st, 2020

HOW TO RETIRE 10 YEARS EARLY/MARTIN BAMFORD

HOW TO RETIRE 10 YEARS EARLY/MARTIN BAMFORD HG179.B36 2008 ( No Panggilan Buku di Perpustakaan UMP) Terbitan: 2008 Ini antara […]

March 30th, 2020

Muzium Maya di Seluruh Dunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Mesti ada di antara pembaca yang gemar melawat muzium bukan? Ada yang memasukkan atur cara ke […]

July 5th, 2019

Top 5 Average Post 2019

personal blog UMP, Top 5 Post,
June 25th, 2019

Membuat penambahbaikan berterusan

AssalamualaikumĀ  & salam sejahtera, Sempena pembentangan projek KIK UMP bersama MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) pada Jumaat 22 Mac 2019 di […]

June 25th, 2019

#Pesan 1: Beli Tunai, Jangan Berhutang

AssalamualaikumĀ  & salam sejahtera, Kategori baru saya wujudkan iaitu #Pesan mak. Yang mana kategori ini saya abadikan semua pesanan-pesanan Allahyarhamah […]

February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

February 15th, 2019

Rebutlah Peluang

Assalamualaikum & salam buat semua pembaca, Lama tidak bersiaran di blog. Hari ni apa yang ingin dikongsi adalah panduan buat […]

January 28th, 2019

Bahagian 1: Dashboard Pengurusan Risiko: Mendapatkan IMPAK

Assalamualaikum & salam buat para pembaca, Kalau ikutkan kesibukan memanglah sibuk. Tetapi.. Selepas mengendalikan bengkel pengurusan risiko (PR) 2 hariĀ  […]

December 28th, 2018

Pangkalan data: akses, jangan tak akses!

Assalamualaikum & Salam buat semua pembaca blog. Sebab sibuk melihat KPI bahagian, KPI sendiri dan KPI staf. Jadi, kali ini […]