List



Assalamualaikum & salam buat semua pembaca,

Lama tidak bersiaran di blog. Hari ni apa yang ingin dikongsi adalah panduan buat pekerja sama ada yang baru masuk dunia pekerjaan atau yang telah beberapa tahun menabur budi.

Sepanjang 15 tahun berkerjaya di sini dan 4 tahun di universiti lain, saya banyak memerhati, melihat dan memberi nasihat/pandangan. Ramai antara kita apabila ditanya untuk memikul tanggungjawab sering menepis kepada orang lain atau mengelak.

Kenapa?

-Mungkin tidak ingin menambah kerja.

-Mungkin malas

-Mungkin tidak berhasrat penambah pengalaman.

-Suka menunggu giliran

Apapun alasan, apabila ada peluang di depan mata, rebutlah! Ambillah! untuk membangunkan diri kita sendiri. Setiap tugasan dan tanggungjawab adalah peluang untuk memperbaiki diri, memasarkan diri, meningkatkan kompetensi.

Ini antara alasan yang kerap diberi:-

i. Ada lagi yang senior kenapa suruh saya.

ii. Jika ada rakan seusia bekerja, berikan kepada dia (rakan kerana saya telah ada tugasan lain).

iii. Saya tidak biasa. Macam mana kita nak meningkat pengetahuan/pengalaman, jika asyik beralasan. Peluang tidak akan datang selalu.

Beribu alasan untuk meletakkan diri di zon selesa tanpa menambah ilmu & pengalaman. Apabila kita memasuki alam pekerjaan, kita mesti jelas ilmu dan kemahiran apa yang ingin kita bina dalam kerjaya ini. Ada pekerja yang minat menulis, Jadi, selain tugas hakiki beliau, beliau akan menceburkan diri dalam bidang penulisan sama ada menulis artikel umum, berita, teks ucapan dan sebagainya. Kemahiran itu digilap dan direbut melalui peluang -peluang yang diberikan hingga boleh menulis buku. Kemudian menjana pendapatan melalui penulisan.

Nah!.. Itu bukanlah suatu yang sia-sia kan?

Ada juga yang minat merekebentuk dan mengambil foto. Beliau mengasahkan diri dalam bidang fotografi dan juga rekabentuk. Seterusnya menjadi jurufoto sambilan berbayar.

Pengalaman saya sendiri, apabia berkhidmat di sini, saya telah beritahu diri sendiri untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pengurusan kualiti. Ini kerana bekas bos di UM dahulu memberi saya gambaran yang menarik berkenaan kualiti sehinggakan saya jatuh cinta!

Alhamdulillah hasrat itu direalisasikan, apabila pencarian pasukan Amalan 5S, pasukan MS ISO 9001:2008 saya menawarkan diri untuk turut serta.

Dari situ saya kembangkan minat dan pembangunan diri dalam bidang TQM dan mula menceburkan diri dalam Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Dari ketua kumpulan ke fasilitator, kemudian panel juri peringkat negeri Pahang hingga dijemput untuk memberi ceramah dan perkongsian di dalam dan luar universiti. Bukankan ini menambah nilai pada diri saya?

Saya akui ramai mengatakan saya pustakawan sewajarnya saya mengembangkan kemahiran saya dalam bidang kepustakawanan. Tetapi peluang itu tidak banyak untuk direbut dan diberi kepada saya. Dan saya percaya dalam apa jua bidang kerjaya kita, kita tidak semestinya menghadkan pembangunan diri kita dalam bidang tersebut sahaja.

Peluang di dalam organisasi seperti universiti memberi kita banyak peluang dan ruang untuk pembangunan diri.

Yang penting? Rebutlah peluang jika diberi. Carilah peluang jika ia tidak hadir sendiri.

Bagaimana untuk merebut peluang?

i. Menawarkan diri bagi program di peringkat jabatan atau jabatan yang lain

ii. Rapatkan diri dengan senior, tentu mereka boleh membuka peluang untuk anda.

iii. Sertai persatuan untuk meluaskan pergaulan dan juga mencari peluang.

Jika kita telah terlalu lama dalam bidang tersebut dan menyebabkan kita telah bosan atau komitmen kita telah bertambah maka carilah peluang dalam perkara lain pula. Kembangkan kemahiran dalam bidang lain agar kita tetap membangunkan diri sendiri dan mengelakkan simptom kebosanan. Proses pembangunan diri jangan pernah terhenti. Belajar dan belajar.

Haaa….Dah panjang lebarkan? Macam celoteh pula. Apapun saya berharap penulisan ini memberi sedikit sebanyak kepada pembaca semangat untuk merebut peluang yang ada untuk pembangunan diri.

Mungkin antara kalian akan berkhidmat 15 tahun lagi, 20 tahun lagi bahkan mungkin lebih.

Kita perlu selalu memotivasikan diri sendiri agar selalu positif, semangat dalam kerja yang kita lakukan. Melalui apa? Lakukan perkara yang kita minat atau berbakat untuk pengembangan diri.

Semoga para pembaca semua sentiasa sukses!

 

#Kongsidaripangalaman

#kongsidarihati

-Aishah Ghani-

Jumaat; 14:12pm

 

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

March 8th, 2022

Bina Impian Bukan Angan-angan

Sumber gambar: https://quotefancy.com/quote/1585153/ Ada tak di antara  pembaca, apabila ditukar ke organisasi baharu atau jabatan baharu atau lokasi baharu membina […]

March 2nd, 2022

Tiada siapa yang lebih!

Sumber gambar: American Chemical Society Assalamualaikum & salam sejahtera, Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita […]

February 21st, 2022

10 tip jimat wang

  “Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita” Assalamualaikum & […]

December 13th, 2021

Himpunan ucapan hari lahir 2020-2021

Koleksi ucapan hari lahir yang saya tulis untuk rakan-rakan sekerja. Jika berminat boleh guna dan mohon kredit ke link blog […]

December 13th, 2021

Ada apa dengan buku?

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/ Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya […]

December 13th, 2021

MENULIS TEKS UCAPAN UNTUK PEMULA

    Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian […]

December 8th, 2021

Lempeng vs Pancake

Lempeng vs. Pancake Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza […]

December 3rd, 2021

Cara pantas membuat carta organisasi menggunakan powerpoint

Kali ini saya kongsikan cara membuat carta organisasi super cepat.  Tak rugi kalau cuba belajar dan explore. Selamat mencuba.   […]

December 3rd, 2021

Bagaimana Mengekalkan Momentum dalam Kerjaya

“Batu pun tidak akan dilekat lumut jika sering dihanyut air”. 2021, merupakan tahun ke-18 berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) […]

December 3rd, 2021

Mencari Cinta Ilahi

Mencari Cinta Ilahi