Aluan Presiden

UCAPAN PRESIDEN SEJAHTERA

Bismillahirrahmanirrahmim

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya meraikan warga maya yang melewati laman sesawang Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (SEJAHTERA), Universiti Malaysia Pahang(UMP).

Tanggal 8 Oktober 2019, SEJAHTERA UMP telah secara rasminya tertubuh dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ahli yang terdiri dari segenap lapisan staf yang berkhidmat di UMP. Keahlian SEJAHTERA UMP terbuka kepada semua staf tanpa mengira latar belakang skim perkhidmatan dan jawatan. Selain daripada hal ehwal kebajikan, SEJAHTERA UMP juga menggerakkan peranan lain seperti berikut:

  • melaksanakan aktiviti kebajikan dan kesejahteraan untuk kepentingan ahli;
  • menjadi perantara antara ahli dengan pengurusan universiti dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan;
  • memupuk semangat persefahaman dan perpaduan dalam kalangan ahli; dan
  • mengadakan jaringan kerjasama dengan persatuan/pertubuhan lain selari dengan tujuan penubuhan persatuan.

Ahli SEJAHTERA UMP diberi jaminan bantuan mengikut peruntukan yang telah diluluskan dalam Skim Kebajikan SEJAHTERA UMP 2020. Terdapat lapan jenis sumbangan dalam skim ini yang diberi khusus kepada ahli yang layak. Skim ini meliputi sumbangan kepada ahli yang ditimpa musibah dan juga sumbangan keraian.

Saya mengambil kesempatan ini untuk terus menyeru sokongan warga UMP untuk sama-sama mendaftar sebagai ahli SEJAHTERA UMP. Dengan kadar yuran berpatutan, kita sama-sama dapat memaknakan konsep tolong-menolong di antara satu sama lain.

Akhir kalam, besar harapan saya agar SEJAHTERA UMP akan terus berkembang sebagai persatuan yang menjadi tunjang kepada kebajikan warga UMP di samping berfungsi sebagai platform untuk kita saling berukhuwah dan membina hubungan.

Terima kasih atas sokongan semua.

 

Muhammed Nafis Osman Zahid

Presiden

Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf UMP.

2020-2022