Majlis Ramah Mesra
PEKAN, 7 Oktober 2020 – Satu Majlis Ramah Mesra bersama penerima-penerima manfaat telah diadakan bertujuan merai dan menghargai ahli-ahlinya.
Ahli-ahli yang menerima manfaat adalah mereka yang telah bersara dari perkhidmatan UMP, kelahiran anak, sagu hati kemasukan wad selain sagu hati perkahwinan pertama.
SEJAHTERA menyeru seluruh warga UMP untuk menyokong usaha-usaha ini dengan mendaftar sebagai ahli SEJAHTERA bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan supaya dapat dinikmati bersama.
Turut hadir Presiden SEJAHTERA, Dr. Muhammed Nafis Osman Zahid bersama barisan Jawatankuasa Eksekutif memeriahkan majlis.