Sumbangan Ahli Sejahtera
Alhamdulillah dengan izin dari-Nya , serahan sumbangan kepada ahli SEJAHTERA bagi bulan Disember 2020 telah dapat dilakukan. Jumlah keseluruhan yang menerima sumbangan bagi bulan Disember adalah seramai sepuluh orang staf. Sumbangan ini melibatkan kemasukan staf ke wad, staf kemalangan jalan raya, kelahiran anak pertama dan perkahwinan pertama.
Atas faktor kesihatan dan situasi pandemik Covid-19 ini, agihan sumbangan dapat dilakukan untuk tujuh orang staf sahaja. Insya-Allah pihak Jawatankuasa Eksekutif(JKE) SEJAHTERA akan memastikan staf yang terlibat akan menerima sumbangan yang telah diamanahkan.
Tahniah diucapkan kepada staf dengan kelahiran anak pertama dan perkahwinan kali pertama. Moga menjadi anak yang soleh atau solehah dan perkahwinan yang diberkati kekal sehingga ke akhir hayat.
Buat staf yang diuji dengan sakit dan kemalangan, kami mendoakan supaya diberi kesihatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Dikongsikan gambar serahan sumbangan dari JKE SEJAHTERA kepada ahli SEJAHTERA.