SEJAHTERA prihatin salurkan bantuan kepada ahli yang kematian ahli keluarga
KUANTAN, 11 Mac 2020 – Rombongan Jawatankuasa Eksekutif(JKE) SEJAHTERA telah mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Pengawal Keselamatan Puan Suhaili Mohamad balu kepada Allahyarham Pengawal Keselamatan Zairie Zahari yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2020.
Sumbangan tunai berjumlah RM3,400 telah disampaikan pada pertemuan tersebut yang merupakan manfaat keahlian SEJAHTERA.
SEJAHTERA berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban waris.