Sekitar Mesyuarat JK Eksekutif SEJAHTERA Kali Pertama
PEKAN, 4 Mac 2020 – Perbincangan pada mesyuarat JKE SEJAHTERA kali pertama memutuskan perkara berikut:
- Menawarkan sagu hati RM100 kepada staf kontrak yang telah berkhidmat selama 5 tahun sebelum menamatkan perkhidmatan di UMP;
- Memohon dana Badan Kebajikan Staf Universiti UMP (BKSU) yang dibekukan dipindah ke akaun SEJAHTERA UMP;
- Mewujudkan medium permohonan skim bantuan secara dalam talian;
- Mewujudkan tiga biro baharu di bawah jawatankuasa iaitu:
i) Jawatankuasa Penerangan & Komunikasi – Mohamad Hasnur Abdul Hamid
ii) Jawatankuasa Kebajikan – Rahin Hasan
iii) Jawatankuasa Aktiviti/Program – Shahnizam Abdul Rani - Melantik empat orang ahli jawatankuasa baharu (senator):
i) Mohd Nor Azmi Ahamad (Skim N)
ii) Tuan Nor Aishah Tuan Ahmad (Skim W)
iii) Hafiz Mamat Izaha (Skim N)
iv) Mohamad Azlan Mat Hussin (Skim DV).