Siaran Media pasca mesyuarat Agung Pertama
PEKAN, 21 Januari 2020 – Hasil daripada mesyuarat pertama memutuskan perkara berikut:
- Objektif penubuhan SEJAHTERA bermatlamat untuk menyatukan semua staf UMP di bawah satu bumbung.
- Hasil penubuhan ini membolehkan pihak universiti menyalurkan semula geran padanan bagi tujuan kebajikan dan aktiviti ahli serta membolehkan model kebajikan staf yang dibangunkan oleh Badan Kebajikan Staf Universiti (BKSU) yang lalu ditambah baik.
- Kadar Yuran Bulanan Keahlian adalah mengikut kumpulan perkhidmatan iaitu Pengurusan Tertinggi RM10, Pengurusan dan Profesional RM5 dan Sokongan RM3.
- Berikut merupakan sumbangan kebajikan yang dipersetujui untuk ditawarkan kepada ahli iaitu kematian, perkahwinan, kelahiran anak, kemasukan wad, bencana, bakal haji dan persaraan.
- Mesyuarat bersetuju untuk memberikan mandat kepada JK Eksekutif(JKE) untuk memohon dana badan kebajikan yang lama untuk dicairkan.
- Mesyuarat bersetuju untuk meneruskan permohonan bantuan kebajikan yang belum dijelaskan sebelum dana badan kebajikan lama dipindahkan sekiranya dilulus untuk dicairkan.
- Mesyuarat bersetuju kadar yuran yang tertera di para 3 untuk dilaksanakan.
- Mesyuarat bersetuju bagi staf yang telah berkhidmat secara kontrak di UMP bagi tempoh lima tahun dan lebih diberikan hadiah yang bersesuaian yang akan ditentukan oleh JKE.
- Mesyuarat bersetuju bahawa JKE diberi kuasa untuk membuat pelantikan empat orang ahli jawatankuasa bagi mencukupkan bilangan maksimum 15 orang jawatankuasa dan akan ditentukan dalam Mesyuarat JKE yang pertama.
- Mesyuarat bersetuju melantik dan menyokong pelantikan JKE SEJAHTERA UMP Sesi 2020/2022:
Presiden: Dr. Muhammed Nafis Osman Zahid
Timbalan Presiden: Abd. Hamid Majid
Setiausaha: Nor Hafizah Fadzillah
Penolong Setiausaha: Jasminah Adnan
Bendahari: Norliza Arshad
Penolong Bendahari: Abdul Shukur IshakAhli Jawatankuasa:
1) Mohamad Hasnur Abdul Hamid
2) Dr. Khairul Salleh Abdul Basit
3) Suhaimi Puteh
4) Rahin Hasan
5) Wan Mohd Hafiz Wan Harun
6) Mohd Zaki Ahmad
7) Suhaili Mohamad
8) Mohd Farid Jaafar
9) Dr. Ahmad Johari Mohamad
10) Shahnizam Abdul Rani
11) Ahmad Nurudin Abd. Nasir