Sekitar Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SEJAHTERA UMP & Bicara Khas Cendekiawan Mulia
PEKAN, 21 Januari 2020 – Seramai hampir 300 orang hadir Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SEJAHTERA kali pertama yang bertujuan untuk menghimpunkan ahli-ahli dan melantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif(JKE) bagi sesi 2020/2022.
Mesyuarat kali ini dimeriahkan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Qalb al-Salim: Muafakat Membawa Berkat’ yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Pahang Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin.
Selain dihidangkan dengan pengisian rohani, hadirin turut diberikan cenderamata yang diagihkan kepada 300 ahli bertuah. Turut diedarkan baucar percuma selain jamuan tengah hari.
Untuk rekod, sehingga hari ini, seramai 618 staf UMP dari 1,800 staf telah mendaftar sebagai ahli SEJAHTERA.