Assalamualaikum w.b.t
It’s been a while after my last post in this blog. And it’s already Day-38 of Movement Control Order (MCO) and Day-39 since UMP asked us to Work From Home (WFH).
Pada 16hb April yang lalu, Dr. Awanis (Deputy Director of CIRel) ada menghantar e-mel kepada seluruh warga kampus memaklumkan tentang penglibatan UMP bagi program COUSERA for Campus Program. At first, I thought we as a lecturer need to prepare the materials to upload in the Cousera as one of the courses offered. Debor jugalah. Yes, I know we are moving towards online learning. Tapi sebab semester ni saya keluar dari norma kebiasaan, saya memilih untuk mengajar subjek baru. I told myself that I need to be specialized in one of the subject offered by our department. Hahaha.. Bila tiba-tiba covid melanda dunia, dan kita kena jaga penjarakkan sosial disamping pembatalan F2F class, tak tahu nak gelak atau nak nangis. Attend workshop/training tak sama dengan preparation untuk mengajar subjek tersebut.
So, I started to look for online courses. Sejak-sejak PKP dilaksanakan, sana sini bagi free online courses. From Harvard, Unity etc. Masa tu teringatkan emel Dr. Awanis. Buka semula dan baca betul-betul. Terus isi google form untuk mohon nak enroll dalam courses yang ada dekat Cousera tu. Tak lama lepas tu, dapat invitation emel. Tak tunggu lama dah, terus log in dalam akaun Cousera dan pilih course yang nak join. Tujuan? Upgrade skills for academic purposes. Yes, I know we have research to do especially when there is no classes due to MCO. But, looking at another part we need to upgrade our knowledge to ensure that our students get a better knowledge from us. Tak ada salahnya pun. Nak pula UMP sponsor kan? Why not.
Memandangkan Semester ni saya ajar Subject Computer Game Programming II, makanya saya cari course yang berkaitan. And come across with this Specialization course.
To complete this course, there will be 4 courses + 1 capstone
It took me about 7 days to complete the first course of this Specialization Program. Untuk course yang pertama ni, Introduction to Game Development kena selesaikan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh kita enroll course. Video lecture pendek-pendek. Memang bestlah. Tak faham, ulang ja video tu. Setiap minggu akan ada beberapa kuiz kena jawab dan ada assignment yang kena buat.
Tapi, kalau ada banyak masa lapang boleh ja habiskan cepat-cepat. Tak payah tangguh sampai minggu seterusnya. Bahan sentiasa ada dan boleh diakses. Bila dah selesai semua video, reading materials, quiz dan assignments, week tu akan jadi hijau macam gambar atas tu.
Tak banyak beza pun dengan physical learning kita. Bezanya, dapat belajar dari orang yang ahli dalam bidangnya. The expert. Untuk course 1 ni, instructor adalah Associate Prof. Brian Winn, Director of the Games for Entertainment and Learning Lab dekat Michigan State University. Jimat tiket flight. Belajar Online ja. Best sangat. It help me a lot.
And finally, I’ve completed this course. 1 from 5 courses. More to go. Doakan saya istiqomah. Sambil-sambil belajar online, revise semula syllibus dan assessment yang bagi dekat students. Benda baik kita kena share. So, students and lecturers yang berminat untuk enroll mana-mana course dekat Cousera, bolehlah buka balik emel tu cari emel dari Dr. Awanis. Fill up the form, and get invited!
Lepas tamat PKP, saya harap CIRel akan teruskan usaha baik ini. Sangat-sangat membantu dalam pembangunan skills terutamanya pada lecturer. Sekurang-kurangnya kita boleh tambah baikkan syllibus ikut standard program yang ditawarkan oleh universiti luar negara. Ok. done show off. Nak sambung next course pula.
Selamat Menjalani Ibadah puasa sepanjang tempoh PKP ini dan marilah sama-sama kita berdoa agar negara Malaysia dan dunia bebas dari COVID19 dengan segera.
Leave a Reply