List

Assalamualaikum,

Kejohanan Sukan Staf antara Universit Malaysia (SUKUM) ke -43 akan berlangsung pada 10-18 Ogos 2018. Pada kali ini, UMP menjadi tuan rumah kejohanan. Alhamdulillah…. kali ini terpilih untuk mewakili UMP dalam acara tenpin bowling (single, double & foursome). Pemilihan kali ini agak sengit dan bermain sebanyak 18 games. Biasalah… ada jugak isu2 yang hangat.

So sekarang ni agak sibuk training sebagai persediaan SUKUM. Rasanya kali ini agak bersedia berbanding penyertaan SUKUM yang terdahulu. Pusat sukan ada budget untuk hire coach. Kiranya setiap kali training ni di bawah tunjuk ajar coach Fariq. Sebelum tu ada amik inisiatif hire personal coach, En Hamzah coz nak tukar main hook semata-mata target nak masuk SUKUM.

Buat masa ni, aktiviti gym terpaksa stop dulu coz nak focus bowling ni. UMP target at least dapatkan medal. Tinggi target tu….. penyertaan sebelum ni rekod individu cuma dapat top 10 jer coz pemain dari U lain lagi hebat2. InsyaAllah kalau ada rezeki….

Hmm…. kerja hakiki memang agak sibuk walaupun sekarang ni tengah cuti semester. Masa ni la amik kesempatan nak buat research yang sebelum ni a bit slow progress. Kena pandai bahagikan masa dengan sebaiknya. Bersukan (bowling) tu perlu sebagai stress reliever terutama mcm diri sendiri ni… jenis memendam rasa dan kurang suka berkongsi dengan org lain segala masalah. Lain org, lain cara….

Semoga apa yang kita impikan akan membuahkan hasil yang lumayan. Yang penting, USAHA + DOA + TAWAKAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *