Semester ini, admin FSTI meletakkan kelas saya di Gambang di sebuah dewan kuliah di Blok W. Dewan kuliah yang besar dengan susun atur perabot yang tidak bersesuaian dan jarak pandang yang sangat terbatas dengan papan putih membuatkan lokasi itu sangat tidak sesuai ditambah nature subjek Matematik yang banyak soalan perkiraan. Saya sudah berusaha bertanya kepada admin tetapi dipandang sepi. Saya pun tak tahu kenapa admin memilih tempat itu kerana tempat itu sangat tidak sesuai!
Kerana tidak mahu melalui karenah birokrasi yang tidak berkesudahan, saya cuba mencari alternatif. Memandangkan saya sendiri sudah terjerumus dengan ekosistem Apple, iPad merupakan pilihan terbaik. Jika sebelumnya, iPad tidak membawakan sokongan stylus, ia kini sudah menyokong penggunaan stylus ciptaan nya sendiri yang membawa tanda nama Apple Pencil.
Apple Pencil merupakan stylus yang diciptakan khas buat tablet keluarannya iaitu iPad. Jika sebelum ini, hanya iPad Pro yang menyokong Apple Pencil tetapi kini tidak lagi. Apple telah melancarkan iPad dengan fungsi asas yang menyokong Apple Pencil. Kekangan sekarang adalah kos yang mahal dan kita perlu melakukan sedikit pelaburan untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelak.
Selepas hampir 3 bulan menggunakan iPad dan Apple Pencil, kini aktiviti PDP lebih menggembirakan. Pelajar dapat banyak manfaat kerana mereka boleh melihat proses perkiraan di skrin putih dan tulisan lebih jelas. iOS 12 yang menyokong fungsi Split View membolehkan nota diletak bersebelahan dengan applikasi seperti Notability yang membolehkan contengan kira-kira disebelahnya.
Saya buat sedikit kesimpulan berkaitan harga dan spesifikasi dibawah.
Leave a Reply