Uniknya Malaysia adalah perihal adat resam dan budaya Melayu yang kukuh sejak dahulu kala sehingga kini masih terpelihara. Sistem beraja yang mana pada negara lain dianggap sudah tidak seiring dengan masa, masih ada dan terus-menerus dipertahan di bumi kita, Malaysia. Ianya akan terus menjadi lambang kepada identiti bangsa Melayu khususnya dan Malaysia, amnya, yang akan ada sesuai dengan lambangnya sebagai Ketua Agama Negeri bahkan Persekutuan.
Hari ini terpanggil untuk bersama berkongsi maklumat perihal keluarga diRaja yang satu, yang masyhurnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang. Lantikan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj sebagai Pemangku Raja Pahang dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 28 Disember 2016 menarik minat rakyat untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan pewaris takhta kerajaan Negeri Pahang kelak.
Gambar diatas adalah gambar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Berikut merupakan senarai nama anak KDYTM Tengku Mahkota Pahang:
- Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP
- Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP - Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
- Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
YM Tengku Amir Nasser merupakan yang merupakan anak angkat lelaki kepada baginda berdua. Untuk makluman, YM Tengku Amir Nasser merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim.
Pada 6 Julai 2018, Setiausaha Kerjaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, telah mengeluarkan satu surat untuk memaklumkan bahawa YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah diperkenan oleh DYMM Sultan Pahang KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH dengan pengurniaan Yang Amat Mulia Kerabat Bergelar dengan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP berkuatkuasa 18 Jun 2018.
Sumber: Portal DiRaja Pahang
Leave a Reply