List

Uniknya Malaysia adalah perihal adat resam dan budaya Melayu yang kukuh sejak dahulu kala sehingga kini masih terpelihara. Sistem beraja yang mana pada negara lain dianggap sudah tidak seiring dengan masa, masih ada dan terus-menerus dipertahan di bumi kita, Malaysia. Ianya akan terus menjadi lambang kepada identiti bangsa Melayu khususnya dan Malaysia, amnya, yang akan ada sesuai dengan lambangnya sebagai Ketua Agama Negeri bahkan Persekutuan.

Hari ini terpanggil untuk bersama berkongsi maklumat perihal keluarga diRaja yang satu, yang masyhurnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang. Lantikan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj sebagai Pemangku Raja Pahang dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 28 Disember 2016 menarik minat rakyat untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan pewaris takhta kerajaan Negeri Pahang kelak.

Gambar diatas adalah gambar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Berikut merupakan senarai nama anak KDYTM Tengku Mahkota Pahang:

  1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP
  2. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  3. Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  4. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
    Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP
  5. Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  6. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  7. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  8. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
  9. Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah

YM Tengku Amir Nasser merupakan yang merupakan anak angkat lelaki kepada baginda berdua. Untuk makluman, YM Tengku Amir Nasser merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim.

Pada 6 Julai 2018, Setiausaha Kerjaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, telah mengeluarkan satu surat untuk memaklumkan bahawa YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah diperkenan oleh DYMM Sultan Pahang KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH dengan pengurniaan Yang Amat Mulia Kerabat Bergelar dengan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP berkuatkuasa 18 Jun 2018.

Sumber: Portal DiRaja Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]