Teknologi hari ini membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu subjek diadakan secara rentas sempadan. Global Classroom adalah suatu inisitif dalam mengimarahkan lagi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Sebagai salah seorang pengajar subjek BUM2123 Applied Calculus di UMP sangat mengalu-alukan interaksi inivasi seperti ini. Sesi GC kali ini telah diadakan bertempat di Mathematics Support Centre (MSC) Blok W, UMP Gambang pada 19 December 2018 daripada jam 12 tengahari hingga jam 2 petang.
Terima kasih kepada Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) UMP atas sokongan kepada kami sehingga sesi GC ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pada sesi GC kali ini, Dr Abdullah Almas berkongsi syarahan bertajuk Double Integral. Harapan saya semoga semua dapat menimba sesuatu dalam sisi GC kali ini dan berharap sesi seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Leave a Reply