List

Lagu zaman sekarang, bukan sekadar menguji vokal tetapi perlu ada keunikkan yang tersendiri dan kalau lebih pandai, ciptalah lagu yang susah untuk dibawakan oleh penyanyi lain. Genre balada yang diketengahkan oleh Faizal Tahir menerusi lagu-lagu nyanyian dan ciptaannya benar-benar menusuk jiwa bahkan bolehlah dikategorikan sebagai lagu-lagu malar segar (baca: evergreen).

Terbaru, Ragaman, lagu baru yang merupakan karya segar barangkali sedikit lain daripada kebiasaannya. Dengar bait-bait lirik dan melodi yang terdapat pada lagu, rasa begitu dekat dengan kita. Melodi yang menjurus pada zaman-zaman P Ramlee kekadang sangat mengasyikkan. Saya yang mula-mula dengar lagu tersebut, pada awalnya, tidak begitu gemar! Radio memainkan peranan radio dan sesuai dengan faktor seorang penyanyi popular, lagu itu diulang berkali-kali, sehingga daripada tidak suka, terus menggilainya.

Biarpun susah untuk buat cover lagu tersebut, ia tidak menghalang kita, sebagai rakyat Malaysia yang kreatif untuk buat garapan dan tafsiran sendiri menggunakan melodi yang sama tetapi diaplikasikan pada senario yang berbeza. Dr Sham yang merupakan senior dan kenalan di UUM telah berkongsi gubahan liriknya melalui Facebook yang boleh diadaptasi menerusi hubungan pelajar pascasiswazah dan penyelia mereka. Petikan lirik tersebut untuk tatapan bersama!

Hari Isnin supervisor pesan dia nak jumpa
Dah di fakulti dia postpone pula
Oh lagu mana?

Pagi selasa ke library pula
Tertinggal dompet
Ku patah balik
Terus masuk bilik

Bulan depan baru nak PD
Dia mintak draft macam nak viva

Karenahmu
Hanya aku yang tahu

Oh PhD
Hanya kita berdua
Kekal selamanya
Patah sayap ku bertongkat paruh
PhDkan bersama

Hanya beberapa ketika
Nanti bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Karenahku
Hanya aku yang tahu

Dah beratus kali kau pesan lagi
Tulis! Tulis!
Jangan kuat menangis

Malam hari ku terus bertapa
Berdoa mencari ilham

Baru nak terlelap, kau mesej pula
Ya supervisor!

Terus tersentak, bangun terduduk
Kau minta draft, artikel pula
Nasiblah baik kau supervisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]