Lagu zaman sekarang, bukan sekadar menguji vokal tetapi perlu ada keunikkan yang tersendiri dan kalau lebih pandai, ciptalah lagu yang susah untuk dibawakan oleh penyanyi lain. Genre balada yang diketengahkan oleh Faizal Tahir menerusi lagu-lagu nyanyian dan ciptaannya benar-benar menusuk jiwa bahkan bolehlah dikategorikan sebagai lagu-lagu malar segar (baca: evergreen).
Terbaru, Ragaman, lagu baru yang merupakan karya segar barangkali sedikit lain daripada kebiasaannya. Dengar bait-bait lirik dan melodi yang terdapat pada lagu, rasa begitu dekat dengan kita. Melodi yang menjurus pada zaman-zaman P Ramlee kekadang sangat mengasyikkan. Saya yang mula-mula dengar lagu tersebut, pada awalnya, tidak begitu gemar! Radio memainkan peranan radio dan sesuai dengan faktor seorang penyanyi popular, lagu itu diulang berkali-kali, sehingga daripada tidak suka, terus menggilainya.
Biarpun susah untuk buat cover lagu tersebut, ia tidak menghalang kita, sebagai rakyat Malaysia yang kreatif untuk buat garapan dan tafsiran sendiri menggunakan melodi yang sama tetapi diaplikasikan pada senario yang berbeza. Dr Sham yang merupakan senior dan kenalan di UUM telah berkongsi gubahan liriknya melalui Facebook yang boleh diadaptasi menerusi hubungan pelajar pascasiswazah dan penyelia mereka. Petikan lirik tersebut untuk tatapan bersama!
Hari Isnin supervisor pesan dia nak jumpa
Dah di fakulti dia postpone pula
Oh lagu mana?
Pagi selasa ke library pula
Tertinggal dompet
Ku patah balik
Terus masuk bilik
Bulan depan baru nak PD
Dia mintak draft macam nak viva
Karenahmu
Hanya aku yang tahu
Oh PhD
Hanya kita berdua
Kekal selamanya
Patah sayap ku bertongkat paruh
PhDkan bersama
Hanya beberapa ketika
Nanti bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Karenahku
Hanya aku yang tahu
Dah beratus kali kau pesan lagi
Tulis! Tulis!
Jangan kuat menangis
Malam hari ku terus bertapa
Berdoa mencari ilham
Baru nak terlelap, kau mesej pula
Ya supervisor!
Terus tersentak, bangun terduduk
Kau minta draft, artikel pula
Nasiblah baik kau supervisor
Leave a Reply