List
Istana Baginda tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.

Malaysia harus berbangga kerana kita masih utuh dalam menjaga adat resam dan budaya. Sistem beraja di negeri-negeri Malaysia adalah satu sistem yang boleh dilambangkan sebagai khazanah negara yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sistem beraja haruslah dilihat rakyat sebagai suatu institusi yang terus relevan waima tahun dan perubahan zaman.

Malaysia menyaksikan lagi sejarah baru terlakar dengan pertabalan Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-29 pada 22 Oktober 2018. Sedikit latar belakang Baginda Tuanku sebelum ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang baharu. Pada tanggal 12 September 2017, Baginda diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29. Pengisytiharan dibuat berdasarkan Perkara 17 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah setelah kemangkatan kakanda baginda, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit pada 11 September 2017. Pengumuman perisytiharan Sultan Kedah yang baharu itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah di Balairung Seri, Istana Anak Bukit. Keputusan melantik baginda sebagai Kebawah DYMM Sultan Kedah yang baharu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah. Baginda yang dahulunya merupakan Raja Muda Kedah diangkat menjadi pewaris takhta Kerajaan Kedah kerana Almarhum Sultan Kedah ke-28 tidak mempunyai anak lelaki. (Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah)

Baginda juga turut berkenan untuk menggunakan gelaran KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ke-29. Semoga Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya terus maju dan cemerlang di bawah pemerintahan Tuanku.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

 

Pewaris Kesultanan Kedah baharu, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]