Membuat proses penilaian seperti kuiz nak-nak pula untuk satu kumpulan yang besar adalah satu cabaran yang cukup besar. Tiada masa yang cukup untuk menanda kertas kuiz membuatkan keputusan untuk kuiz kadang-kadang begitu lambat diserahkan kepada pelajar. Kalam pula adalah suatu platform yang disediakan pihak UMP dimana ianya berfungsi sebagai satu pemudah cara perantara pelajar dengan pensyarah. Nota-nota, aktiviti, pengumuman dan sebagainya boleh dilakukan dengan medium ini.
Kuiz yang dilakukan secara manual sebelum ini boleh dilakukan menerusi platform KALAM! Kadang-kadang, apa yang dirisaukan ialah pelajar tidak berlaku jujur dan meniru ketika mengambil kuiz atas talian ini. Oleh itu, soalan yang banyak diperlukan supaya mereka dapat soalan yang berbeza-beza walaupun diambil pada waktu yang sama sekaligus dapat mengurangkan aktiviti meniru. Bank soalan adalah penyelesaian kepada masalah ini.
Saya sertakan fail PDF bagaimana untuk membuat bank soalan dan kuiz menggunakan kalam di sini dan juga manual Moodle untuk rujukan bersama di sini. Untuk pengetahuan bersama, KALAM yang dibangunkan UMP menggunakan platform Moodle.
Leave a Reply