Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan di Program Sains, FSTI UMP, saya sebagai pengarah bengkel Basic LaTeX 2018 berjaya mengadakan bengkel tersebut dengan tuntasnya pada 18/7/2018. Bengkel tersebut telah disertai oleh 14 peserta dalaman UMP dan 2 peserta dari UIA Cawangan Kuantan, Pahang.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta apa sebenarnya LaTeX. Jika sebelum ini kita mungkin terbiasa dengan menulis apa-apa jenis dokumen melalui Microsoft Word tetapi LaTeX juga adalah suatu typesetting yang membantu kita menghasilkan dokumen yang lebih kurang sama tetapi lebih baik.
Sesi bengkel telah terbahagi kepada dua, Sesi 1 memfokus kepada cara-cara menghasilkan sebuah dokumen, bagaimana untuk menghasilkan sesuatu senarai, penyusunan gambar atau figure, penghasilan table dan juga penghasilan equation. Manakala, Sesi 2 terarah kepada penghasilan artikel dan juga tesis.
Pada pendapat saya, LaTeX agak memudahkan kerja berbanding kaedah lain kerana matlamat LaTeX itu sendiri yang mahukan pengguna mementingkan dan fokus kepada isi atau content yang dihasilkan berbanding output atau setting yang lebih kepada kosmetik yang mana aspek itu telah diuruskan sendiri oleh pihak lain.
Saya sertakan pautan untuk semua pembaca membelek slaid yang telah saya gunakan dalam sesi pembentangan saya sebagai salah seorang speaker dalam bengkel tersebut. Para pembaca boleh klik pada pautan untuk proses memasang sofwe LaTeX pada Windows laptop dan macOS MacBook.
Kami berharap pada masa akan datang, pihak kami dapat membuat bengkel kedua yang merupakan kesinambungan kepada bengkel semalam yang dinamakan sebagai Advance LaTeX Workshop yang akan lebih fokus kepada penghasilan artikel dan tesis yang lebih dinamik serta Beamer yang boleh di guna luas dalam melakukan sesebuah slaid persembahan.
Sehingga kita berjumpa lagi!
Leave a Reply