List

Apakah Bolehkah penjawat awam menerima hadiah seperti duit raya dan Ang Pow semasa Majlis Rasmi ?

Merujuk Kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 8 (1), pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.(Rujuk Para 9 PP 3/1998).

Dipetik dari Buku – Memantapkan Integriti, Jihad Perangi Jenayah Rasuah. Siri Panduan Pencegahan dan Pelaporan Kes Jenayah Rasuah. SPRM Negeri Pahang.

M.M.Noor

  Category: Nota Integriti